Kantoi Berzina Dalam Masjid, Bila Disiasat Rupa Rupanya Bapa Dia Bukan Orang Biasa

Sepasang kekasih ditangkap penduduk tempatan selepas dikesan melakukan seks di dalam masjid di Salatiga, Semarang, Jumaat lalu.

Rakaman CCTV Berada Di Pautan Akhir Artikel

Tribun News melaporkan, pasangan terbabit disyaki pernah melakukan perkara tidak senonoh beberapa kali sebelumnya berdasarkan penemuan kondom berhampiran almari telekung di ruang solat wanita.

Susulan itu, pihak masjid At Taqwa memasang kamera keselamatan tertutup yang akhirnya berjaya merakam perbuatan tidak senonoh itu pada 9 April lalu.

Menurut merdeka.com, lelaki berusia 23 tahun dan perempuan berusia 22 tahun itu ditangkap pada 13 April lalu selepas sekali lagi kembali ke masjid berkenaan, dipercayai untuk melakukan seks lagi.

Sebelum dicekup, pasangan berkenaan dikatakan cuba melarikan diri sehingga berlaku aksi kejar mengejar dengan beberapa penduduk kampaung.

AYAH PELAJAR TERSEBUT DARI KALANGAN YANG AMAT DISEGANI RAMAI

Penjaga masjid yang enggan dikenali media memberitahu pelajar lelaki itu merupakan anak kepada seseorang yang begitu dihormati penduduk kampung, malah kerap beberapa kali menjadi imam buat pelajar-pelajar lain.

“Saya sangat terkejut dengan kes ini dan pelajar lelaki itu bukanlah orang lain di kampung ini kerana ayahnya merupakan orang yang cukup terkenal,” katanya.

Sementara itu Ketua rukun tetangga Sraten, Suparn, berkata, dia pelik bagaimana pasangan terbabit tergamak melakukan perkara tidak senonoh itu di masjid yang mana menjadi tempat ibadah dan pusat kegiatan dakwah.

“Saya hairan dengan sikap pasangan muda itu yang sanggup buat perkara tak senonoh berulang kali dalam masjid yang begitu dekat dengan kampung mereka.

.

“Memang saya marah! Pasangan ini langsung tidak menghormati agama dan tiada tahu malu langsung,” katanya.

Sementara itu portal fajar.co.id memetik Ketua Polis Resor Semarang, Agus Nugroho mengesahkan dua individu itu kini dalam tahanan dan masih disiasat

RAKAMAN CCTV PELAJAR INI BERZINA DI DALAM MASJID, JAWA TENGAH INDONESIA

SUMBER : MYNEWSHUB

Cerita lain plak…

Profesor Ini Ceraikan Isteri Dia Yang Telah Hidup Bersama Selama 35 Tahun, 9 Anak Dia Juga Dia ‘Buang’ .. Bila Ditanya Ini Sebabnya

Penemuan Yang Mengejutkan Lelaki Ini

SEORANG lelaki memfailkan cerai terhadap isterinya selepas 35 tahun berkahwin. Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia adalah seorang lelaki yang mandul hampir sepanjang hayatnya, jadi dia tidak mungkin menjadi bapa kandung kepada sembilan anaknya.

Lelaki itu, seorang profesor di bandar kecil Sidi Slimane di Morocco dilaporkan sangat terkejut apabila diberitahu tentang kemandulannya oleh seorang pakar urologi, susulan pemeriksaan rutin.

DOKTOR BUAT PENGESAHAN

Ketika pemeriksaan dia memberitahu doktor bahawa dia sudah lama mempunyai ketumbuhan kecil di testis kanannya.

Doktor memutuskan untuk menjalankan beberapa ujian dan walaupun hasilnya menunjukkan ia tidak mengancam nyawa, ia menunjukkan bahawa ketumbuhan itu menyebabkan lelaki yang tidak didedahkan namanya itu mandul.

ADAKAH DIA DITIPU SELAMA 35 TAHUN?

Selepas itu timbul satu lagi masalah apabila dia telah berkahwin dengan isterinya selama 35 tahun dan sepatutnya bergelar bapa kandung kepada sembilan anak hasil hubungan bersama.

Akhbar Morocco Al-Massae melaporkan bahawa lelaki itu tidak tergesa-gesa untuk memfailkan perceraian setelah mendengar berita daripada ahli urologinya, tetapi telah menjalani beberapa ujian yang akhirnya mengesahkan bahawa dia tidak mungkin mampu bergelar bapa dalam tempoh 50 tahun yang lalu.

Terkejut dengan pendedahan ini, lelaki tersebut menghubungi peguamnya dan memfailkan tuntutan terhadap isterinya, menuduh dia berzina dan menuntut perceraian dan pengguguran hak terhadap sembilan anaknya.

Lelaki itu didakwa melakukan petisyen mahkamah untuk melantik satu pasukan pakar perubatan bagi mengesahkan keraguan bahawa dia memang mandul selama lebih dari lima dekad, dan tidak bergelar bapa kandung kepada mana-mana anaknya.

Mahkamah mempunyai pasukan undang-undang yang menyiasat semua keputusan ujian yang telah dibuat oleh lelaki itu, dan mereka mengesahkan bahawa tuduhannya disokong oleh bukti saintifik.

Analisis seminal menunjukkan ketiadaan sperma lengkap dan laporan urologi serta analisis biologi mengesahkan bahawa ketumbuhan pada zakarnya selama lebih dari 50 tahun, adalah penyebab kemandulannya.

Zina adalah jenayah yang boleh dihukum di Morocco, jadi jika isteri lelaki itu terbukti bersalah, dia mungkin akan dipenjarakan.

SELEPAS HAMPIR 50 TAHUN KEBENARAN TERDEDAH

Selepas mendengar bahawa dia bukan bapa biologi kepada sembilan anak yang dibesarkan dengan isterinya, lelaki itu memilih untuk memutuskan hubungan dengan mereka dan meminta supaya tanggungjawabnya sebagai bapa digugurkan.

SUMBER : MONYET HIJAU

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*