Bekas Pelajar Akademi Fantasia Dijatuhkan Hukuman Kerana Dera Anak Tiri? Ini Cara Dia Dera Anak Tiri Sampai Masuk Wad

PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9, Azri dipenjara selama 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.

Hakim Norshila Datuk Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri, 31, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya pada Khamis.

INI SEBAB KENAPA AZRI AF9 DIJATUHKAN HUKUM

Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah dituduh mencelup kedua-dua tangan anak perempuan tirinya di dalam air panas sehingga dimasukkan ke wad selama 19 hari selepas mengalami kecederaan yang serius.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula Jumaat dan turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Azri dan isterinya Salma Mentor.

Sejurus selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, ibu Azri, isteri, anak-anak termasuk mangsa serta kakaknya yang berada di galeri awam terus meluru ke kandang tertuduh untuk memeluknya.

IBU AZRI AKADEMI FANTASIA 9 MERAUNG

Manakala ibunya yang hampir pitam meraung-raung sambil menarik tertuduh sebelum ditenangkan anggota polis.

“Nanti orang pukul, nanti orang pukul dia. Jangan pergi! Jangan! Dia nak siapkan sekolah anak, dia mandikan anak, dia bagi anak makan! Orang tak tahu!,” jerit wanita itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa yang ketika itu berumur sembilan tahun tidak mengaku mengambil coklat menyebabkan tertuduh mengambil sebuah periuk yang berisi air panas dan mencelup kedua-dua belah tangan anak tirinya itu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

Azri dan Salma berkahwin pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Salma juga mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Pada tahun 2017, pihak media pernah bertanyakan apa perasaan isteri Azri tentang isu celup tangan anaknya ke dalam air panas. Ini respond beliau.

“Sebagai ibu takkan saya nak biarkan anak didera. Kalau baca komen-komen di media sosial itu memang sakit hati, sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya serahkan perkara ini kepada pihak yang lebih adil.

“Putri memang mengalami kulit sensitif sejak kecil. Saya tak boleh bagi komen lebih lanjut. Tunggu sahaja laporan lengkap. Cuma apa saya boleh cakap, hubungan Azri dan Putri sangat rapat. Malah, lebih rapat daripada dengan saya,”.

“Putri bila tengok berita tentang ayahnya ditayangkan di televisyen, dia terus menangis. Tapi tak apa, ini semua ujian daripada Tuhan.
 Saya sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku tapi saya reda dan berserah kepada Allah,”

Sepanjang perkahwinan dengan Azri selama 3 tahun, Salma berasa cukup bahagia dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Salma terkejut dengan apa yang berlaku dan menganggap ia adalah ujian buat dirinya. Apapun, semoga kemelut ini akan berakhir dengan baik.

Kredit: PenMerah Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*