“Kalau Berat Lebih 60kg Tak Payah Datang Fashion Show, Paha Melimpah Kiri Kanan” – Pengulas Fesyen Kritik Tetamu Berbadan Besar?

Pengkritik dan pengulas fesyen tempatan, Zaihani Mohd Zain menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tetamu berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukan fesyen.

Menerusi status di laman Facebook peribadi milik Zaihani yang tular di laman sosial, dia menasihati individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri acara sedemikian.

“Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.

“It’s so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!” tulis Zaihani di Facebooknya baru-baru ini.

Pandangan peribadi Zaihani itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan kenalan mahupun pereka fesyen tempatan.

Ibukota kini sedang meriah dengan pelbagai acara pertunjukan fesyen sempena mempromosi busana Aidilfitri daripada pelbagai pereka fesyen tempatan.

Manakala, kredibiliti Zaihani sebagai pengulas, pengkritik dan sosialit fesyen tidak perlu disangkal lagi.

Malah, Zaihani juga dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

SUMBER Gempak Astro

Gen F: ‘Supaya saya dapat pergi dengan tenang’ – Rizalman

KUALA LUMPUR: : IKON pereka fesyen popular negara Datuk Rizalman Ibrahim berbesar hati apabila memiliki platform untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dikutipnya sepanjang 25 tahun berkecimpung dalam industri fesyen tanah air.

Beliau yang dilamar untuk terlibat dalam rancangan terbaru Generasi Fesyen (Gen F), yang berperanan sebagai juri tetap dijangka akan menyumbang kepakaran dan kritikan tehadap hasil produk pereka fesyen tempatan.

Beliau menjelaskan menjadi seorang pereka fesyen mungkin kedengaran sebagai suatu pekerjaan yang glamor namun menggalas tanggungjawab yang amat besar terhadap pertumbuhan ekonomi dan masyarakat tempatan.

Rizalman menegaskan setiap pereka fesyen harus mempunyai ilmu kerana itulah yang akan menjadikan seorang individu bertahan di dalam industri memandangkan rupa paras, populariti dan kekayaan adalah sandaran yang sementara.

“Industri fesyen mengalami satu pertumbuhan yang tidak sihat apabila saya tidak jumpa seorang  pereka fesyen yang boleh menjadi pelapis untuk generasi seterusnya.

“Kini melalui program ini, akhirnya saya boleh berkongsi segala yang saya pendamkan di hati supaya saya boleh pergi dari industri ini dengan tenang kerana mengetahui ada yang akan menyambung tugas saya selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang akhbar rancangan realiti fesyen pertama di Malaysia,Gen F terbitan Astro.

Turut terlibat menjayakan rancangan ini ialah Vivy Yusof sebagai mentor dan aktor Hisyam Ahmad yang akan mengacarakan rancangan ini selama lapan minggu bersiaran.
Program realiti fesyen ini akan menampilkan 10 jenama pereka fesyen tempatan yang akan bersaing untuk memenangi hati juri seterusnya melonjakkan hasil karya mereka ke peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, rancangan ini merupakan antara usaha untuk mengangkat industri kreatif negara disamping memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka.

Program realiti fesyen ini akan menampilkan 10 jenama pereka fesyen tempatan yang akan bersaing untuk memenangi hati juri seterusnya melonjakkan hasil karya mereka ke peringkat antarabangsa.

Peserta perlu menyelesaikan beberapa tugasan dan cabaran mingguan dengan menghasilkan rekaan paling kreatif dalam tempoh 30 jam.

Pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan Astro dan koleksi kapsul tajaan FashionValet.

Rancangan ini akan menemui penonton pada hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria bermula 11 Mac nanti.

Sumber Astro