Instafamous Ini Dikecam Teruk Sebab Mempersendakan Islam (Solat) .. Ini Jawapan Dia Selepas Tidak Tahan Dikecam

Pernah dikecam hebat oleh netizen sebelum ini berikutan kelakuan peliknya di program Motif Viral, namun Instafamous berkenaan tampil ‘menjelaskan’ ada sebab dia berbuat demikian. Malah, ‘teman lelakinya’ juga turut mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan Instafamous berkenaan.

Disangka sudah berubah dan menerima teguran dari netizen, namun sekali lagi Instafamous ini dikecam netizen kerana tindakannya yang dianggap mempersendakan agama.

“Dulu dijemput masuk Motif Viral sebab bangang sangat. Last-last kena kecam rancangan itu sebab terlebih kurang ajor + krik-krik giler.

“Sekarang dia buat benda bodoh lagi. Sembahyang dekat mall. Apa ke bodoh sangat makhluk sekor ni? Mohon pihak agama ambil tindakan segera. Ini dikira permainkan agama Islam,” tulis Hidayat Safuan di Facebooknya pada jam 5.28 petang 6 April lalu.

Berdasarkan perkongsian Hidayat, video tersebut dimuat naik oleh Ervanrizuan di Instagram yang menunjukkan dia bersama dengan beberapa rakannya termasuk Instafamous berkenaan bermain ice skating di sebuah pusat beli-belah.

Instafamous yang tidak diiktiraf itu dilihat merangkak menuju ke arah rakannya yang kemudian melakukan gaya sedang bersolat sebelum bersujud, mengundang gelak ketawa dari rakan-rakannya itu.

Sementara itu di ruangan komen, netizen mengecam tindakannya yang didakwa mempersendakan agama, selain menyeru pihak jabatan agama mengambil tindakan terhadap Instafamous berkenaan.

“Jagalah maruah dan adab kita sebagai wanita. Fikir udlu sebelum nak melakukan sesuatu yang orang tak suka dan belakangkan akidah kita sebagai orang Islam,” kata Nur Hidayah.

“Bila mata hati dan fikiran hanya kerana kepuasan nafsu semata-mata untuk popular, sanggup memperbodohkan diri sendiri sehingga sanggup mempersendakan agama Islam. Beginikah adab seorang perempuan yang berhijab? Memalukan,” kata Nur Shafiza.

SUMBER : THE REPORTER
VIDEO YANG MENJADI TULAR

INI RESPOND INSTAFAMOUS TERSEBUT

Assalamualaikum. Ramai kata mira mempersendakan agama islam. Sebenarnya mira tak post langsung video tu, tapi kawan mira yang post. Dah minta dia delete video tu sebab rasa sendiri video tu salah. Tapi apa boleh buat, video tu jadi viral walaupun dah padam.

Pada situasi tu mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video tu dirakam orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak hina islam. Kalau video yang tular tu membuatkan kalian rasa mira ni menghina islam, mira minta maaf! Maaf sangat! Tapi jujur cakap, mira takde langsung niat nak mempersendakan agama sendiri. .
Cukuplah dengan kritikan dan tuduhan melampau korang. Takut nanti setiap tuduhan tak betul tu jatuh fitnah. Selebihnya itu urusan mira dengan Allah. Allah Maha Mengerti, Allah Maha Mengampun.

Sebelum ini beliau dikecam juga selepas hadir di motif viral .. 

Credit Mylabulabi GedebakViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*