Video The Rock Tanya ‘Apa Khabar” Cetus Tular Oleh Nitezen…

BUAT peminat tegar pelakon popular Dwayne Johnson, pasti anda teruja dengan perkongsian video terbaharu yang dimuat naik menerusi laman sosialnya.

Dalam video tersebut, pelakon yang lebih dikenali dengan nama pentas ‘The Rock’ ini telah bertanya khabar kepada peminatnya di negara ini dalam Bahasa Malaysia!
“Apa khabar, Malaysia?” kata Dwayne dalam klip video berdurasi kira-kira seminit itu.

Dwayne turut mengumumkan bahawa filem Rampage yang dibintanginya bakal dipertontonkan di pawagam Malaysia bermula hari ini.

Pelakon berusia 45 itu malah menyatakan perasaan berbesar hati selain berterima kasih di atas sokongan tidak terhingga rakyat negara ini yang tidak henti-henti menyokong kariernya sejak dia bergelar pelakon.

“Jauh dari lubuk hati saya amat berterima kasih untuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan selama beberapa tahun ini.

“Saya dimaklumkan mengenai sesuatu berhubung kasih sayang dari Malaysia, iaitu tiga daripada filem saya mendapat tempat di hati peminat dari negara ini.

“Filem ketiga, Fast 8, kedua Fast 7 dan yang pertama Jumanji. Malaysia terima kasih. Jika anda semua menggemari Jumanji, maka anda akan turut menyukai Rampage,”kata bekas bintang WWE itu.

Rampage, sebuah filem sains fiksyen diarahkan Brad Peyton diadaptasi secara longgar berdasarkan siri permainan video menggunakan nama sama yang dicipta Midway Games.

Ia berkisahkan seorang saintis menjalin kerjasama dengan George, gorila albino yang bertukar saiz menjadi makhluk gergasi selepas menjalani eksperimen demi menghentikan pencerobohan raksasa. –MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*