Ameera Khan Selalu Sangat Dilanda Kontroversi PANAS! Akhirnya Neelofa Tidak Boleh Diamkan Diri, Ini Respond Neelofa Tentang Adik Dia

Neelofa baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang trofi Top Top MeleTop Wanita Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018) semalan.

Kemenangan ini membuktikan nama Neelofa semakin kukuh di industri hiburan dan menunjukkan dia mempunyai peminat setia yang ramai walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Selain Neelofa, adiknya iaitu Ameera Khan turut dikenali ramai dan sering terjebak dengan pelbagai isu di media sosial.

Apabila menyetntuh hal adiknya, Neelofa tampil memohon jasa baik netizen supaya memberi ruang kepada semua adik-beradiknya yang lain, terutama adik bongsu perempuan, Nur Ameera Khan untuk menjadi lebih matang dan belajar daripada kesilapan terhadap apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Kata Neelofa, adik-beradiknya yang lain bukanlah secara langsung terlibat dalam industri seni, dan mereka bukannya selebriti.

Ini komen Neelofa:

“Sebenarnya tidak adil kerana mereka bukan secara langsung terlibat dalam industri seni. Mereka bukan selebriti, terutamanya adik perempuan bongsu saya. Lagipun, dia hanya berusia 16 tahun, bakal menginjak usia 17 tahun pada tahun ini.

.

“Kadang-kala perlu diberi ruang untuknya jadi lebih matang dalam proses menjadi dewasa, seterusnya belajar daripada kesilapan. Bukan terus menghukum dan kritiknya secara terus-menerus. Apa pun saya bangga dengan dia kerana dia kuat”

Walaupun pelbagai isu melanda Ameera, Neelofa tetap berasa bangga terhadap adiknya kerana semangatnya yang begitu kuat.

Kata Neelofa, Ameera sebenarnya lebih kuat dari dirinya sendiri dalam menghadapi sebarang kontroversi yang panas.

AMEERA KHAN LEBIH KUAT DARI NEELOFA

“Malah, dia lebih kuat daripada saya sebenarnya sebab saya sendiri tak rasa boleh jadi sekuat dia ketika di usianya. Banyak yang dia ambil dan contohi daripada saya dan harap saya boleh sentiasa menjadi kakak yang boleh memberikan inspirasi kepadanya untuk buat perkara yang lebih baik dan memberi inspirasi di dalam hidup”

Ditanya tentang adakah dirinya cukup kental di dalam menghadapi kecaman sepanjang bergelar artis, Neelofa berkata apa yang penting ialah perlu kenali diri dan ada rasa tanggungjawab di dalam hidup.

Tentang kontroversi yang melanda, Neelofa tidak menafikan, ada ketikanya dia turut menangis di saat nama terpalit dengan pelbagai kecaman.

“Kalaulah saya ni cepat putus semangat, sudah tentulah saya sudah abaikan tanggungjawab. Namun saya perlu juga fikir daripada banyak sudut.

.

“Kekuatan saya juga sebenarnya datang daripada pelbagai sudut yang berbeza”

Dalam perkembangan lain, Neelofa yang bakal muncul menerusi drama rantaian adaptasi novel, Ti Amo 100 Hari Mencintaimu bersama Zul Ariffin ini bakal melancarkan satu kempen berhubung isu siber buli. Apapun semoga Neelofa terus sukses dalam bidang seni dan juga bidang perniagaannya.

SUMBER : KECOHHABIS

Netizen Tegur Adik Neelofa ‘Payung’ Bra Hitam

TAK tahulah apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, agaknya kalau kekal adat ketimuran akan dipandang kuno, ya?

Adik kepada personaliti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan sememangnya terkenal dengan sikapnya yang outspoken atau lantang bersuara (adakalanya tak bertempat) dan gemar bergaya sedikit seksi.

Jika sebelum ini pelbagai kontroversi telah terpalit pada imej si cantik manis ini oleh kerana keputusannya untuk tidak lagi berhijab dan memakai pakaian yang terdedah, kali ini Ameera telah menjadi buah mulut sekali lagi kerana memuat naik gambarnya memakai pakaian mencolok mata sehingga terserlah colinya yang berwarna hitam!

Dalam Instagramnya (@littlemisskhan),  percubaan Ameera untuk ‘menghangatkan’ suasana ternyata memakan diri apabila rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak senang terhadap seorang gadis bawah umur berpakaian sebegitu.

Sebegitu yang sebegini:

Tak tahu apa nak cakap, nilailah sendiri.

Dan seperti biasa, kami maklum benar selepas ini keluarlah kenyataan individualistik seperti,”Ini lah masalah orang Melayu, semuanya gila seks” dan seumpamanya, namun haruslah diingatkan bahawa selagi kita masih menjadi ahli masyarakat, selagi itulah kelakuan kita di mata umum harus dijaga.

Apatah lagi, sebagai ahli keluarga seseorang yang berpengaruh, Ameera perlu lebih matang dan bijak dalam setiap langkahnya.

Bukan hipokrit, tetapi ada ke orang yang buat salah terang-terangan seperti membuka pekung di dada sendiri pula?

Sumber : MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*