INILAH KISAH ARWAH AZMIL MENGESOT KE SURAU. WAJIB DICONTOHI UMAT ISLAM. AL FATIHAH

PELAKON terkenal Azmil Mustapha yang meninggal tengah hari tadi dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bermula dengan filem yang mencecah kutipan ‘ box office’ iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato’ Mokhtar Dahari, Azmil terus mencipta nama dengan filem Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986).

Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud.

Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Setelah lima tahun di sana, Azmil membawa pulang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1979.

Sekembalinya dari AS, nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Azmil kemudiannya menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar.

Azmil menimba pengalaman di syarikat itu, selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa.

Selepas bersara dari dunia lakonan, Azmil mula mendalami pengajian agama.

Beliau hanya kembali ke tanah air beberapa tahun lalu setelah lebih 10 tahun berada di luar negara bagi tujuan tersebut.

Dua tahun lalu, kisahnya mengesot untuk menunaikan solat Subuh di sebuah surau pernah heboh diperkatakan.

Menurut cerita adiknya, Aziph, walaupun agak bimbang dengan keadaan Azmil, namun beliau akur dengan permintaan itu, apatah lagi selepas abangnya itu memaklumkan dia sihat.

Surau yang dimaksudkan itu terletak 500 meter dari kediaman mereka, dan baru dua hari dibuka.

Namun selesai solat, Azmil mula mengalami sedikit kesukaran bernafas dan nampak seperti dalam kesakitan, lantas turun dari kerusi rodanya dan duduk bersandar di atas lantai.

Hampir setengah jam, barulah Azmil tampak kembali tenang dan duduk semula di kerudi roda.

Al-Fatihah buat insan seni ini, Allahyarham Azmil Mustapha.

Sourced by TheRakyat

Innallilah ! Salam Takziah Kepada Keluarga Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha

KUALA LUMPUR: Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Berita pemergian Azmil dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar tadi.

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

“Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” katanya.

Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

 

Sourced BHarian

Artikel ketika Arwah dikejarkan ke Hospital ..

Keadaan pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha yang dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada Isnin lalu kembali stabil dan beransur pulih.

Adik kepada Azmil, 64, iaitu Aziph Mustapha ketika dihubungi berkata, keadaan abangnya itu menunjukkan perkembangan positif selepas kesukaran bernafas namun masih perlu berehat dan mendapatkan rawatan untuk pulih sepenuhnya.

“Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih dan ceria namun kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Kardiologi bagi memastikan keadaannya stabil.

“Azmil dirawat dengan baik oleh doktor yang menjaganya dan Insya-Allah beliau perlukan sedikit masa lagi untuk pulih,” katanya kepada mStar Online.

Aziph memberitu abangnya itu mengadu penat ketika sedang menghadiri mesyuarat bersama beberapa rakannya sebelum salah seorang daripada mereka membawanya ke hospital.

Katanya lagi, Azmil pada awalnya dirawat di wad kecemasan PPUM namun dia dipindahkan ke Unit Rawatan Kardiologi untuk pemantauan lanjut.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya namun saya bagi pihak keluarga meminta agar Azmil diberi ruang privasi agar beliau dapat berehat dengan tenang,” ujarnya.

Pada Januari tahun lalu Azmil pernah di tempatkan di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya akibat penyakit jantung.

Ketika itu, keadaan pelakon filem Ali Setan ini tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan hayat.

SUMBER : MSTAR

Salam takziah kepada keluarga Arwah Azmil Mustapha, Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Kepada yang tidak mengenali arwah, ini biodata arwah Azmil Mustapha.

Ustaz Azmil Mustapha (lahir 1 Januari 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena [1] pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato’ Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan.

Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991).

Latar Belakang

Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979. Sekembalinya dari Amerika Syarikat (AS), nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi.

Azmil menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar. Dua tahun, Azmil menimba pengalaman di syarikat itu, selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa

Filem Beliau

Mekanik – (1983) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Shamyl)
Matinya Seorang Patriot – (1984) – (Pelakon Tambahan) – Watak Sebagai (Jamali)
Ali Setan – (1985) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Ali)
Ali Setan 2 – (1986) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Ali)
Suara Kekasih (1986) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Awie)
Kepala Angin – (1987) – (Pelakon Utama)
Driving School – (1990) – (Pelakon Utama)
Fifty/Fifty – (1992) – (Pelakon Tambahan) – Watak Sebagai (Kolonel Kota)
XX Ray II – (1995) – (Pelakon Pembantu) – Watak Sebagai (Sultan Mansor Shah)
Hanya Kawan – (1997) – (Pelakon) – Watak Sebagai (Pengarah)
Iman Alone – (1998) – (Pelakon Utama) – Watak Sebagai (Dahari)
Cheritera – (2001) – (Pelakon Utama)
Puteri Gunung Ledang – (2004) – (Artis Jemputan) – Watak Sebagai (Utusan Dari Demark)

Notakaki: Innallilah lagi sekali dari kami Team This is Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*