Farid Kamil@MELETOP. Ini Jawapan ‘Tenang’ Dari Beliau Bila Ditanya Tentang Apa Yang Terjadi Sekarang Membuat Ramai Terdiam

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil bersyukur perjalanan seninya kini berjalan seperti biasa selepas melalui detik kontroversi yang menghambat dirinya.

Video Rakaman MeLeToP Datuk Farid Kamil Berada Di Pautan Akhir Artikel

Farid muncul sebagai tetamu dalam program MeleTOP di Astro Ria untuk mempromosikan drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu malam tadi.

Ini merupakan kemunculan sulung Farid di kaca televisyen selepas melalui episod hitam yang berlaku bulan lalu.

“Saya masih dapat berjalan hari ini (menghadiri program MeleTOP) dan saya rasa sangat bersyukur.

“Alhamdulillah, kes yang melibatkan saya masih berada dalam siasatan pihak polis. Setakat ini, semuanya okay sahaja,” katanya yang ditemui usai siaran langsung program tersebut.

Ketika ditemubual oleh Datuk Awie dan Erra Fazira yang bertindak selaku pengacara jemputan MeleTOP, Farid berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada dirinya.

“Syukur Alhamdulillah, pengalaman dihambat kontroversi menjadi sebuah kenangan yang tak boleh dijual dibeli. Saya kembali mengenali diri saya, semenjak kecil sehingga dewasa.

“Saya berterima kasih kerana menerima sokongan ramai pihak. Semangat yang diberikan oleh keluarga, teman-teman, rakan seperjuangan dalam bidang hiburan serta peminat menjadi kekuatan saya untuk menghadapi dugaan,” katanya lagi.

Drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid, Nelydia Senrose, Adriana Adnan, Azri Iskandar, Adibah Noor dan ramai lagi ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Sumber : Gempak.Com

Sumber Artikel: BeritaKopak

Rakaman MeLeToP Datuk Farid Kamil

Artikel Lain …

Semua ‘Tahanan’ Sofi Jikan Dah Dibebaskan “You Nak Fight Dengan Gua, Datang Depan Depan Kita Bertumbuk” – Sofi Jikan

Rata rata ramai masih bingung dengan hubungan Sofi Jikan dengan Farid Kamil samada masih berhubungan atau pun tidak. Selepas dibebaskan Sofi Jikan yang popular didalam aplikasi telefon mudah alih BIGO LIVE membuat LIVE dan menjawab pertanyaan pengikut beliau. Sofi Jikan juga telah membebaskan semua tahanan BIGO LIVE (haters) dari kurungan dan sekarang semua sudah berkawan baik dengan beliau.

Beliau ditanyakan soalan berkenaan status beliau dengan Farid Kamil dan ini jawapan yang mereka terima. Sila lihat potongan video di bawah.

”I Dengan Brother Farid Ok, U Tanya Dia” Sofi Jikan Komen Isu Farid Kamil Petik Nama

Kredit Video: Alya Adriana

VIDEO PENUH BIGO LIVE SOFI JIKAN

Kredit Video: ASAL ARTIS

Kami di Buletin Netizen, mendoakan agar jangan lah sampai putus silaturrahim antara mereka berdua. Mereka berdua adalah pelakon yang hebat. Masing masing ada buat salah dan ada khilafnya tetapi sekiranya kita buang ego dan saling bermaafan isu ini pasti boleh selesai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*