5 Perkara Tentang AJL 32 Yang Penonton Di Rumah Tidak Akan Tahu. Kemunculan Sofi Jikan Yang Buat Semua Orang Menjerit?

Jampi yang mengena! Hael Husaini muncul sebagai Juara Lagu 32 dengan singlenya berjudul Jampi.

Kemenangan yang tidak perlu dipertikaikan kerana sememangnya lagu ini telah popular sejak pertama kali berkumandang di corong radio dan antara yang mendapat tempat di pelbagai lapisan umur.

Namun begitu, disebalik berlangsungnya siaran langsung AJL 32 di TV3 dan Tonton Xtra, terdapat beberapa momen yang telah berlaku di stadium yang ramai tidak tahu!

1. Teriakan nama Sofi Jikan Ketika Persembahan Azmi Caliph Busker

Kami tidak pasti jika anda perasan atau tidak sewaktu persembahan Azmi Caliph Buskeryang menggantikan Faizal Tahir, terdapat seorang orang tua yang menjadi ‘prop’ persembahan beliau.

 

Namun ketika Azmi sedang membuat persembahan, tempikan daripada seorang penonton yang menjerit nama pelakon Sofi Jikan yang merujuk kepada orang tua itu. Tidak dinafikan, sekali pandang ada iras dengan pelakon itu.

2. Sajat Curi Perhatian!

Selain selebriti tempatan, usahawan terkenal Nur Sajat juga turut kelihatan berada di majlis berprestij ini.

Kelihatan begitu cantik sekali dengan gaun yang digayakannya usahawan ini mendapat sorakan gemuruh setiap kali berdiri dan berjalan ke tempat duduknya.

Malah melihatkan sorakan yang diterima, Sajat turut membalasnya dengan melambai- lambai kepada penonton persis ratu cantik. Well she nailed it!

3. 5 Persembahan Mendapat Standing Ovation!

 

Kamera mungkin merakamkan beberapa detik persembahan yang mendapat ‘standing ovation’ seperti Altimet yang turut meraih Persembahan Terbaik AJL 32. Namun tahukah anda selain Altimet, Hael Husaini, Salma, Dayang Nurfaizah, Syamel & Ernie Zakriturut menerima ‘standing ovation’ daripada penonton di stadium dan mendapat sorakan yang begitu gemuruh. Goosebumps!

 

4. Stadium Menangis Kerana Haqiem Rusli

 

Sungguh mengharukan! Persembahan Haqiem Rusli menerusi lagunya, Tergantung Sepi sememangnya memukau ramai penonton.

Ramai yang mengalirkan air mata apabila penyanyi ini membawa lagunya dengan cukup baik serta turut menampilkan beberapa penari gimik daripada mereka yang ‘istimewa’.

5. Ara Hampir Tidak Dapat Membuat Persembahan

Sebelum berlangsungnya malam AJL32 , penyanyi-penyanyi ini terlebih dahulu membuat persiapan akhir.

Namun begitu, Ara ketika itu berada dalam keadaan kurang sihat serta suaranya juga terganggu.

Tetapi demi AJL32 dan tidak menghampakan peminatnya Ara memberi persembahan yang ‘all out’ dan berjaya membawa Warkah Untuk Ku dengan baik.

Gelagat Iqram Dinzly “Menjampi” Hael Husaini Di Pentas AJL 32 Semalam Buat Netizen Garu Kepala!

Lagu Jampi ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Naib Juara dimenangi komposer Faizal Tahir dan Mike Chan dengan lagu Sejati yang dipersembahkan vokalis Caliph Busker, Azmi Saat. Mereka menerima wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Tempat ketiga disandang lagu Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran nyanyian Haqiem Rusli. Mereka menerima wang tunai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi.

Syamel dan Ernie Zakri yang mendendangkan lagu Aku Cinta diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Manakala aksi bertenaga Altimet yang menyampaikan lagu Amboi melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik. Altimet menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Majlis yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail, itu digamatkan dengan persembahan bertenaga beberapa artis.

Persembahan 12 finalis AJL  diadili 10 juri profesion pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 32 mengangkat ‘Fesyen dan Muzik’ sebagai tema persembahan.

Segmen pembukaan turut menyerlahkan tema apabila persembahan Stacy, Waris, Ag Coco dan Edrie Hashim menampilkan model tersobor, Nasha Aziz, Aleeza Kassim dan Tinie.

Berkonsepkan era Pop Yeh Yeh, segmen Interlude pula dihangatkan Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah.

AJL 32 menampilkan Alif Satar dan Sherry AlHadad sebagai hos.

Pelakon Zulin Aziz mengendalikan kapsul belakang pentas AJL 32. Nana Mahazan dan Shuk Sahar pula bertindak sebagai pengacara karpet merah.

AJL 32 dipancarkan Nivea dan Samsung sebagai penaja utama.

Lagu bertanding AJL 32

*Akhirnya, Cinta – Salma (Ajai/Slen)

* Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)

* Aku Yang Sebenar – Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)

* Amboi – Altimet (Navigator/Altimet)

* Bayang – Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)

* Jampi – Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)

* Lebih Sempurna – Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)

* Menahan Rindu – Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)

* Sejati – Azmi Caliph Buskers (penyanyi asal Faizal Tahir) (Faizal Tahir/Mike Chan)

* Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah (Ajai)

* Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)

* Warkah Untuk Mu – Ara Johari (Hang Nadim/Laq)

 

Apa yang mencuri tumpuan semalam adalah kemunculan iqram dinzly menari bersama hael diatas pentas Ajl ketika hael merayakan kemenangannya semalam.

Ada Yg Perasan?

Sila tonton video ni

BERITA PENUH : AJL 32 DI ‘JAMPI’ OLEH HAEL HUSAINI, WANY HASRITA DI KECAM NETIZEN, SEKITAR RED CARPET AJL

Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop dan trofi AJL 32.

Tempat kedua dimenangi oleh Sejatinyanyian Azmi Caliph Buskers manakala tempat ketiga jatuh kepada Tergantung Sepinyanyian Haqiem Rusli.

Persembahan Terbaik AJL 32 pula dimenangi oleh Altimet dengan lagu Amboi manakala Vokal Terbaik dirangkul oleh Erni Zakri & Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

Trofi AJL 32 ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.

AJL 32 yang dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam menyaksikan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai pengacara, manakala Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

PENAJA DAN HADIAH UTAMA

AJL 32 dibawakan khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan dua hadiah iaitu telefon pintar Samsung A8 dan A8+ bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik.

HADIAH UTAMA AJL 32

Juara

RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat Kedua

RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat Ketiga

RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Vokal Terbaik

RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung)

RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung

Trofi & telefon pintar Samsung A8+.

Sumber :rotikaya

Gambar2 Sekitar Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 32, Sajat Paling Mencuri Tumpuan Dan Nampak Cantik

BAHANG kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang akan berlangsung malam ini semakin dirasai apabila peminat sudah mula membuat ramalan dan pilihan lagu yang bakal memenangi anugerah tersebut.Menerusi undian di laman Twitter akaun Jom Mengundi, pengguna laman tersebut menjangkakan lagu Bayang nyanyian Khai Bahar bakal diangkat menjadi juara.

Ia diikuti oleh Jampi nyanyian Hael Husaini, Tergantung Sepi oleh Haqiem Rusli dan Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita.

 

Pengguna laman sosial mengundi lagu Bayang nyanyian Khai Bahar sebagai juara.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meramalkan persaingan sengit akan berlaku antara Khai Bahar dan Haqiem Rusli kerana bintang muda ini mempunyai kualiti suara yang hebat.

“Kedua-duanya bagus, bagaimanapun ia bergantung kepada persembahan mereka malam ini.

“Semuanya bagus-bagus. Tapi rasanya malam ini Khai atau Haqiem bakal berentap sengit dan tak mustahil antara mereka bakal bergelar juara,” komen netizen.

 

Dayang dan Salma bakal berentap untuk kategori vokal terbaik.

Sementara itu, pemenang kategori vokal terbaik tiga kali berturut-turut, Dayang Nurfaizah dijangka akan menerima saingan daripada penyanyi Azmi dan Salma.

“Selepas melihat rehearsal AJL32 di Instagram, boleh jadi Azmi dan Salma adalah pencabar terdekat Dayang Nurfaizah bagi kategori vokal terbaik,” tulis ShahScandar.

“Selepas tengok persembahan Dayang dan Salma. Persaingan sengit, saya rasa vokal terbaik Salma boleh dapat tahun ni,” tulis Aidil Bahri pula.

Ramalan netizen mengenai anugerah vokal terbaik.

Sebelum ini, Dayang pernah merangkul trofi sama pada AJL29 menerusi lagu Di Pintu Syurga, AJL30 (Tak Pernah Menyerah) dan AJL31 (Lelaki Teragung).

AJL32 kali ini dihoskan pasangan pengacara popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Antara penyanyi yang turut membuat persembahan ialah Stacy, Siti Sarah, Datuk A Rahman Hassan, Datuk Awie dan Datuk Jeffrydin.

 

12 lagu berentap untuk edisi AJL kali ini.

12 finalis bertanding terdiri daripada Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker),

 

Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel) dan Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri).

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar),

 

Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Ia bersiaran secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan boleh ditonton di TV3 pukul 9 malam.

Red Karpet AJL 32

Sumber -kisahlogik.liv

Habis Lah Wani Hasrita Kena Kecam. Baju Ada Lambang ## Wani Hasrita DI AJL32 DI Kecam Netizen

Bila imaginasi melampaui batas, sehingga apa yang dilihat mudah di salah erti sehingga jatuh fitnah. Artikel dibawah berkenaan pakaian yang dikenakan oleh wany hasrita sehingga menimbulkan pedebatan antara netizen.

 

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 yang mempertaruhkan 12 lagu terbaik sepanjang tahun lalu, mengangkat tema fesyen dan muzik pada malam kemuncak pada 11 Februari depan.

AJL 32 yang bakal menggegarkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, mencipta kelainan dan memberi signifikasi terhadap gabungan fesyen dan muzik yang dianggap sinonim dengan dunia seni.

Tambah menarik, trofi AJL buat pertama kalinya mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dengan menyelitkan gabungan dua elemen itu pada piala berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, berkata pihaknya optimis dengan kekebalan AJL dalam mengangkat martabat anak seni.

.

“Memasuki edisi ke-32, AJL masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

“Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh ketika mendendangkan Awan Yang Terpilu dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berkemeja-T serta seluar trek menerusi lagu Awan Nano.

 

Sumber : kertasputih

5 Sebab Kenapa AJL32 Tahun Ini Lagi Power Dari Tahun Lepas, Korang Kena Tengok!

Anugerah Juara Lagu kini kembali, pasti ramai yang sudah tak sabar nak rasa kehangatan majlis yang bakal berlangsung malam ini kan? Mana taknya kesemua peserta yang bertanding hebat-hebat belaka. Dari penyanyi baru sehinggalah kepada penyanyi berpengalaman turut sama berentap.

Antara lagu yang bertanding ialah Tergantung Sepi, Warkah Untukku, Jampi, Bayang, Aku Yang Sebenarnya, Sejati, Menahan Rindu, Separuh Mati Ku Bercinta dan banyak lagi. Dengar cerita ada macam-macam perkara menarik yang berlaku menjelang Anugerah Juara Lagu kali ini. Ha apa tu?

Kecoh dalam MRT, apa Cumi Cumi & Naim Daniel buat tu?

Nabila Razali, Naim Daniel & the gang siap buat busking lagi untuk hiburkan korang dalam LRT. Yang paling havoc, penumpang-penumpang pun turut sama menyanyikan lagu-lagu ini bersama mereka. Memang sporting habis! Bukan senang nak dengar dorang ni nyanyi live tau! Okay tak Nabila Razali rap?

Bertemakan fesyen & muzik

 

 

Korang ingat lagi tak suatu masa dahulu baju ‘hati’ Ramlah Ram pernah menjadi fenomena sehingga kini masih tidak dapat dilupakan. Malah setiap tahun, setiap selebriti pasti tampil dengan kelainan dan gaya yang tersendiri. Untuk tahun ini, AJL 32 membawakan tema fesyen dan muzik pula.

Jika dilihat pada tahun sebelum ini, Dayang Nurfaizah sentiasa hadir dengan gaya fesyen yang meletop! Selebriti lain pun apa kurangnya, yang tersalah tema pun ada tau.  Tak sabar rasanya nak tengok aksi selebriti kegemaran di red karpet untuk tahun ini pula.

Koleksi medley terbaik #ajl32

Antara 4 koleksi medley terbaik untuk Anugerah Juara Lagu 32, fuh meremang bulu roma admin dengar suara yang merdu-merdu belaka. Admin paling suka Team Wazu, comel adik tu!

Slot cerekerama #ajl32, penampilan khas Dato’ Awie

Jodoh Tak Pernah Salah Alamat

Studio Awie

Datin Glam

Dari Kekasih Kepada Kekasih

Untuk menghangatkan lagi AJL tahun ini, TV3 telah mempersembahkan slot Cerekarama dengan tema Istimewa AJL. Siap ada penampilan khas finalis Anugerah Juara Lagu terdahulu iaitu Dato’ Hattan, Ziana Zain, Akim & The Majistret dan juga Dato’ Awie sebagai pelakon utama. Empat Cerekarama yang ditayangkan ialah Jodoh Tak Pernah Salah Alamat, Studio Awie, Datin Glam dan Dari Kekasih Kepada Kekasih.

Trofi dapat sentuhan pereka Rizman Ruzaini

Fuh memang lain macam trofi untuk AJL kali ini. Buat pertama kali demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema, trofi ini mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. Tak sabar rasanya nak tahu siapa yang bertuah membawa balik trofi ini!

Korang rasa siapa yang akan menang?

Jadi korang rasa lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu untuk kali ini? Yang pasti terdapat pelbagai kejutan istimewa untuk korang semua.

Jangan lupa saksikan malam AJL 32 bersiaran secara langsung Ahad, 11 Februari ini jam 9 malam di TV3AJL 32 juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*