[TAWARAN HEBAT]TEMPAHAN PRACETAK BUKU MENGGAPAI SYURGA TERINDAH…

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

PENGUMUMAN TEMPAHAN/PESANAN PRACETAK BUKU MENGGAPAI SYURGA TERINDAH…

1. Usaha untuk penerbitan buku kini sedang berjalan dgn rancak.

2. In shaa Allah buku akan mula dicetak sekitar 25 Februari ini. Percetakan biasanya mengambil masa 2 hingga 3 minggu.

3. Buku dijangka siap dicetak sekitar 10-15 Mac 2018. In shaa Allah.

4. Kini saya selaku penulis bersama buku MENGGAPAI SYURGA TERINDAH dan penerbit membuka tempahan pesanan pracetak daripada orang ramai.

5. In shaa Allah tuan puan bakal menerima buku yg dipesan secara berperingkat2 antara 10 hingga 25 Mac 2018.

6. Harga senaskhah buku ialah RM25.00 sementara kos pos laju ialah RM7.30. Jumlah RM32.30.

7. Walau bagaimanapun, sempena tawaran pracetak ini, tuan puan hanya perlu membayar sebanyak RM25.00 sahaja. KOS POS ADALAH PERCUMA.

8. TAWARAN BONUS…Bagi pesanan@tempahan yg diterima mulai hari ini hingga 12 2.2018, diskaun RM3.00 lagi diberi. Bermakna tuan puan hanya perlu membayar RM23.00.

9..Tapi ada syaratnya spt tertera di bawah.

10. Keterangan lanjut whatsapp ke
www.wasap.my/60166862692

 

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

MENGAPA FOLLOWER DAN MEREKA YG INGIN MEMBANTU PN AYU PERLU MEMBELI BUKU SECARA ONLINE…

1. Mengikut harga pasaran semasa, buku MENGGAPAI SYURGA YANG TERINDAH yg dicetak dlm 4 warna, sepatutnya dijual dengan harga sekitar rm30.00.

2. Jadi mengapa saya sebagai penulis bersama dab penerbitnya hanya menjual RM25 sahaja? Dah lah murah, ditawarkan kos pengeposan percuma pula.

3. Perjanjian persetujuan penerbitan yg dimeterai antara saya dgn Pn Ayu adalah satu perjanjian MENANG-MENANG.

4. Dengan pengalaman penerbitan selama lebih drp 30 tahun (saya mula terlibat dlm industri penerbitan sejak 1983) dan sebagai penulis, saya boleh ambil kesempatan terhadap Pn Ayu.

5. Kebiasaannya penulis2 di Malaysia ditawarkan royalti antara 10% hingga 15%.

6. Tp saya menawarkan kaedah yg lain, bertujuan membantu Pn.Ayu dan suaminya. Saya menawarkan perkongsian keuntungan bersama daripada projek penerbitan buku ini iaitu secara 50:50 setelah ditolak segala kos percetakan dan penerbitan dan lain2 yg berkaitan.

7. Bahkan dlm perjanjian tersebut, Pn Ayu dibenarkan untuk melihat segala dokumen pesanan percetakan dan segala butiran transaksi kewangan yg berkaitan dgn projek ini.

8. Berdasarkan pembahagian keuntungan 50:50, Pn. Ayu dan saya masing2 akan menyumbangkan sebanyak 10% drp keuntungan untuk TABUNG IBU & ISTERI PRIHATIN (TIIP).

9. Daripada baki keuntungan sebanyak 40% pula, saya akan menyumbangkan sebanyak 20% kepada Tabung Penubuhan WAKAF DUNIA ISLAM (WADI).

10. Ini bermakna jika tuan puan para follower Pn Ayu membeli buku MENGGAPAI SYURGA YANG TERINDAH, bermakna tuan puan bukan sahaja telah membuat kebaikan dan menolong Pn Ayu. Tp tuan puan juga sebenarnya telah membantu dlm penubuhan TABUNG IBU & ISTERI PRIHATIN (TIIP) dan juga WAKAF DUNIA ISLAM (WADI).

11. Jadi projek penerbitan buku MENGGAPAI SYURGA YG TERINDAH adalah projek MENANG-MENANG-MENANG.Kenapa? Kerana selain Pn Ayu serta saya dan rakan2, tuan puan juga mendapat faedahnya iaitu dpr membeli buku yg lebih murah dan dihantar ke rumah tuan puan secara percuma.

12. Sumbangan dan infaq tuan puan dalam penubuhan TABUNG IBU& ISTERI PRIHATIN dan WADI akan menjadi pahala serta saham akhirat yg berterusan selagi WADI dan TIIP beroperasi.

Jadi tunggu apa lagi. Buat tempahan online mulai 8 hingga 28 Februari ini dan warwarkan@share posting ini kepada kawan2 serta kepada group tuan/puan.

#BUKANNYASUKARUNTUKMENJANPAHALA
#BERSEGERALAHDANBERSAMA2MELAKUKANKEBAIKAN

petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

MENGGAPAI SYURGA TERINDAH – BUKAN PROJEK BIASA!

#MariPakatShare7ORang7Group
#MariTumbuhkan7TangkaiBerbuah100Tangkai
1. Penglibatan saya dan rakan2 serta Pn Siti Rohayu@Ayu atau Umi dalam projek buku MENGGAPAI SYURGA TERINDAH bukan hanya sekadar projek biasa.

2. Ia bukanlah sekadar satu projek untuk mensensasikan kisah hidup seorang manusia@isteri bernama Siti Rohayu dan suaminya Muhammad Ridhwan.

3.Ia juga jauh sama sekali sekadar projek untuk menjual kisah kehidupan Pn Ayu dan mengutip sumbangan buatnya.

4. Ia sebenarnya lebih dari itu. Allah membuka pintu hati saya dan rakan2 dan membuka pintu hati Ayu untuk bekerjasama dengan saya, bukanlah untuk satu tujuan biasa…berniaga, mendapat keuntungan dan seterusnya habis dan tamat ceritanya di situ.

5..Allah memudahkan untuk saya berjumpa dengan Pn Ayu walaupun hasrat bertemu dgnnya hanya tercetus sehari sebelum itu tanpa perlu saya bersusah payah pergi ke Jerteh dan sebaliknya mempertemukan saya dgnnya di Hospital Sg.Buloh untuk satu tujuan yg besar.

6. Ketika terbaca kisah Pn Ayu yg viral, saya sedang berusaha mengutip dana untuk menggerakkan penubuhan NGO ISLAM yg bakal diberi nama WAKAF DUNIA ISLAM.

7. Dan hasil pertemuan dgn beliau, saya dan Pn Ayu akhirnya sepakat untuk menerbitkan sebuah buku ttg kisah hidupnya dan menubuhkan pula Tabung Ibu dan Isteri Prihatin (TIIP) bertujuan membantu para ibu dan isteri yg ramai di luar sana yg memerlukan pertolongan dan yg senasib dgn Pn Ayu bahkan mungkin lbh malang, tp kisahnya tidak didendangkan.

8. Berbalik kepada kisah saya untuk menubuhkan WAKAF DUNIA ISLAM, ramai yg memberikan respons positif. Terima kasih. Tak kurang juga yg meminta no akaun bank berulang kali dgn alasan no akaun yg diberi sebelumnya tercicir atau hilang. Akan tetapi ia hanya berakhir di situ dengan setakat niat yg tidak diikuti dgn sebarang perbuatan.

9. Saya tidak kisah sedikitpun dgn hal2 sebegini kerana bg saya, hanya org2 yg terpilih sahaja akan diberikan hidayah dan dipermudahkanNya untuk berinfaq pada jalanNya.

10. Selebihnya saya berbaik sangka bahawa yg mereka terlalu sibuk dgn pekerjaan masing2 hingga tiada kesempatan untuk memasukkan sumbangan ke akaun bank yg diminta masing2 sebelum ini. Seterusnya saya kembali kepada tulisan saya sebelum ini bahawa umat islam masa kini berada di satu persim pangan antara ingin menjadi umat islam yg ramai tp seumpama buih di lautan atau menjadi umat islam berkualiti. Terpulang kepada anda semua…

11. Berbalik kpd projek MENGGAPAI SYURGA YG TERINDAH, sehingga kini sudah ada lbh daripada 10 keluarga dlm senarai untuk diberikan sumbangan melalui Tabung ibu & Isteri Prihatin yg akan dilancarkan sebelum Ramadhan nanti. In shaa Allah.

12. Saya mensasarkan supaya projek MENGGAPAI SYURGA TERINDAH ini menjadi suatu projek luar biasa dgn mendapat jualan sebanyak 50 ribu naskhah supaya kisah Pn Ayu ini dapat dijadikan drama bersiri. Untuk itu saya akan berkolaborasi dgn sahabat saya Jamil Mutalib dan sahabat saya penulis skrip drama terkenal iaitu Nieza Nahar. Beliau adalah penulis skrip drama Rindu Awak 200%, Debunga Lalang dan Kekasih Paksa Rela. Tujuannya adalah supaya lbh byk dana utk Tabung Ibu & isteri Prihatin dpt dikutip.

13. Dalam.hal ini saya teringat sepotong ayat suci@firman Allah yg bermaksud : “Sesungguhnya org2 yg bersedekah baik laki2 mahupun perempuan dan meminjamkan kpd Allah pinjaman yg baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kpd mereka dan bg mereka pahala yg banyak.” (AL HADID ; 18)

14.Dalam sepotong ayat yg lain, Allah berfirman yg bermaksud : Bandingan derma org2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama spt biji benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 satu tangkai itu menerbitkan seratus tangkai…” (AL BAQARAH : 261)

15. Jadi bila pesanan untuk membeli buku MENGGAPAI SYURGA TERINDAH esok mula dibuka, belilah dengan niat untuk bersedekah pada jalan Allah, bukan sekadar untuk membaca kisah kesetiaan dan ketabahan Pn Ayu.

TLG SHARE DAN VIRALKAN POSTING INI SUPAYA IA BENAR2 MENJADI TUJUH TANGKAI YG SETIAP SATU MENUMBUHKAN SERATUS TANGKAI.

Inilah hikmah Allah mengurniakan kepintaran akal untuk umat manusia menguasai teknologi dan mencipta FB, instagram dan lain2.

#MENGGAPAISYURGATERINDAHBUKANPROJEKBIASA2

KISAH SITI ROHAYU YG TIDAK DIKETAHUI…

Ketika kunjungan ke rumah Pn Ayu di Jerteh 2 minggu yg lalu dan mendengar sendiri drp beliau dan kakaknya, ada bbrapa kisah yg perlu diketahui oleh para follower beliau.

1. Pn Ayu dan suami tinggal di rumah pusaka yg diperbuat daripada kayu. Rumah tersebut amat sederhana dan sbhgian besar daripada rumah tersebut perlu dibaiki.

2. Ia bukan soal untuk keselesaan Pn Ayu dan suami serta kedua2 org anak mereka, tetapi juga juga demi soal keselamatan.

3. Rumah Pn Ayu sudah 2 kali diceroboh dan dipecah masuk oleh penagih dadah yg mengesyaki bahawa Pn Ayu ada banyak duit setelah kisah beliau viral. Para samseng kampung ini mengesyaki Pn Ayu menyimpan duit2 sumbangan oleh para penderma di rumahnya.

4. Kali pertama rumah Pn Ayu dipecah masuk ketika suaminya masih menerima rawatan dan belum keluar drp Hospital USM Kubang Kerian.

5. Kali kedua rumah Pn Ayu dipecah masuk setelah suaminya Muhamad Ridhwan sudah dibawa keluar drp hospital. Pn Ayu sempat menunjukkan pada saya kesan cubaan umpilan pada pintu bilik tidurnya.

6. Mujurlah pada kali kedua, Pn Ayu menyedari kejadian yg berlaku kira2 pkl 3 pagi itu dan beliau menjerit sekuat hati sambil menelefon bapa saudara dan adik iparnya yg tinggal berhampiran.

7. Ada ramai manusia berhati busuk nun di luar sana cuba mengambil kesempatan terhadap Pn Ayu dan suaminya. Jika tuan/puan2 semua lihat pada fb Pn Ayu, tentu tuan/puan tertanya2 siapa dia nama Ahmad Karim yg tertulis dlm huruf jawi, sedangkan nama suami Pn Ayu adalah Muhamad Ridhwan. Beliau sebenarnya seorang hacker dipercayai berketurunan Iraq yg telah menceroboh FB Pn Ayu dan mengugut sejumlah duit daripada Pn Ayu.

8. In shaa Allah, saya dan rakan2 akan berjumpa semula Pn Ayu pada 11-15 hb ini untuk melihat kerja2 pembaikan rumah pusaka Pn.Ayu.

9. Saya juga telah berjanji dgn Pn Ayu utk membantu menyelesaikan urusan tunggakan bil elektrik rumah Pn Ayu yg tertunggak dgn pihak TNB Besut. Walaupun Pn Ayu meminta saya supaya tidak perlu bimbang tentang urusan pembayaran bil tersebut, sebagai rakan kongsi perniagaan beliau dlm penerbitan buku MENGGAPAI SYURGA YANG TERINDAH, ia sememangnya satu kewajipan saya.

10. Keberadaan saya dan rakan2 di sana juga adalah untuk urusan sesi foto bg urusan penerbitan buku Pn Ayu.

CATATAN UMY PADA HARI 279 – Live Update di FB Aby Bagi Positif Respon Buatkan Ramai Menitis Air Mata

[Tonton VIDEO Pasangan Jannah ]

Hari ke 280
Alhamdulillah..aby bru dapat tido dengan lena semalam,anak2 pun sama..umy xpernah rasa takut,sbb aby dan anak2 sentiasa ada,mungkin rumah ni agak sunyi,tetapi umy xkn pernah lupa untuk pasang ayat2 suci,umy cuba biasakan diri,cuba kuatkan diri..umy tahu Allah akan lindungi kita berempat,sbb Allah sayang pada kita,xlama lagi rumah yang dibaiki akan siap,mungkin 1minggu lagi..bertahanlah anak2 wlpn dh mula bosan,umy akan cuba hiburkan hati kamu bertiga,esk jangan lupa tgk MHI,mungkin secara live mereka akan bt video call dengan umy dan aby,semoga dipermudahkan urusan kami
Buku catatan mengabai syurga terindah akan diedarkan mulai awal bulan MAC,mulai esok yang ingin dapatkan buku kami dengan harga murah boleh bt bayaran dan pesanan,harga buku RM25 SAHAJA FREE POSTAGE,umy akan update kepada siapa follower perlu rujuk utk dapatkan buku itu,buku itu akan membuatkan semua orang akan lebih rasa sebak,semoga kalian akan menyelami hati kami berempat..sekarang wlpn aby belum sembuh,umy xpernah putus asa,umy akan cuba bt yang terbaik utk masa depan kamu bertiga,umy harap semua ni akan berakhir dengan baik,senyumlah aby..senyuman aby boleh hilangkan penat lelah dan kedukaan umy
MRMZ💞

Hari ke 279
Siapa sangka,kami smpai ke tahap ini..dlm ujian berat dan bertubi2 datang,umy bagaikan hendak menyembah bumi, tetapi dengan ada nya kekuatan dan ketabahan ini,umy perlahan2 mengatur langkah utk keluar dari ujian ini,cukup hebat perancangan Allah..dari siang bertukar malam,malam bertukar siang..hari silih berganti,umy tetap dengan pendirian umy,tetap dengan kesetiaan umy,wktu rehat umy xrehat..org lena dibuai mimpi,umy berfikir untk mencari rezeki,kekuatan ini dtg bila umy pandang wajah aby & anak2,begitu besar pengorbanan aby dulu,sikit tidak dapat umy balas
Sekarang umy tahu aby dpt memahami dengan baik keadaan sekeliling,bila umy minta izin aby utk keluarkan buku mengapai syurga terindah dan cuba terangkan serba sedikit,aby terus setuju & terus pegang tangan umy,aby sedih bila tgk umy bersusah payah mencari rezeki,tetapi aby perlu kuat..aby perlu ingat,aby xpernah jadi beban pun utk umy,dulu umy bagaikan permaisuri dilayan oleh aby,sekarang biarlah aby rasa semua tu pula,yang penting..seinci pun umy xkn berganjak dari tempat umy disisi aby,sbb syurga umy ada pada aby,umy janji xkn tinggalkan aby
MRMZ💞

Hari ke 278
Hari ni anak2 agak sunyi sedikit sebab tak ada tv dekat rumah ni,selalu klu umy sibuk umy akan buka tv,aby pn suka tgk tv..xpela,sabar la kesayangan umy..bkn ape,umy xlarat nk angkut semua benda bawa ke mari,cukup lah selesakan tmpt tido aby dan bawa keperluan penting,kita xpe tido dilantai,asalkan aby dapat tido dengan selesa,umy xkisah pun tp inilah kali pertama biarkan ank2 tido dilantai,biarlah anak2 merasai kesusahan sebelum menemui kesenangan,jangan risau..hidup anak2 dan aby xkn pernah sunyi klu umy masih hidup,umy akan hiburkan hati kalian bertiga
Best je duduk rumah ni kan,tenang dan damai,hadapan ada tali air..sebelah sawah padi,tenang fikiran..rumah kosong,senang nak tolak aby dlm rumah..lebih mudah umy nk latih aby utk sembuh,terapi utk aby..umy sentiasa ada disebelah aby..jikalau aby tdk tido,umy akn bg aby tgk fon umy,mata aby laju je,mgkn aby bca komen2 dlm hati..keinginan aby utk tahu sesuatu benda tu ada tetapi belum msanya lagi umy nk dgr soalan dan pertanyaan dari aby,in sha Allah..aby pasti sembuh
MRMZ💞

Hari ke 277
Alhamdulillah..semua dipermudahkan hari ni,umy lancar bila bercakap sekarang depan kamera,bila keyakinan diri ada,sikit tak ada kesalahan..dulu masa bt rakaman untuk nona,berpuluh2 kali tersilap bercakap..sebab xbiasa,sekarang bersyukur mampu hadapi semua dengan tenang,hari ni aby gembira sangat,aby pun tidak meragam wktu orang temubual syg tadi..kisah kita akan keluar di MHI TV3 pagi khamis 8/2/2018,harap semua follower tngk nanti dan xlupa juga jutaan terima kasih kerana mendoakan kami
sekarang perjalanan hidup kita makin jauh,kita hampir keluar dari ujian ini,syg akan berusaha ubah nasib keluarga kita,satu persatu perkara yang baik2 berlaku dalam hidup kita,dengan kesibukkan syg sekarang ni,sampai kan syg tdk sempat utk berfikir pun tentang kesengsaraan,syg sampai xsempat merintih dan mengenang nasib kita,sebab syg yakin setiap ujian ada hikmahnya,sekarang Allah mula memberi ape yang syg minta disetiap sujud syg..airmata syg menitis hanya ditikar sejadah,dengan cara itu diri syg makin kuat dan tabah,terima kasih ya Allah..hadiahkan ketabahan & kekuatan ini yang tiada pada orang lain,syg teguh berdiri disisi aby dengan izin Allah,kita akan menyintai satu sama lain sampai bila2
MRMZ💞

1st Live update hari nie..

Cuba bt live,selalu xkan dapat line slow..klu dapat Alhamdulillah

Posted by ‎احمد كريم‎ on Monday, 5 February 2018

 

2nd Live Update

Sambungan..eqy g tutup tpn umy,jelous umy ngn aby bt live😝

Posted by ‎احمد كريم‎ on Monday, 5 February 2018

 

[TERKINI] Kisah Umy Rohayu Mendapat Perhatian MHI TV3…Siarannya Pada…??

 

Hari ke 276
Hari ni dh start repair rumah,aby xdapat nk berehat dengan selesa,esk selepas temubual dengan MHI TV3,kita akan pindah ke ruamah sewa,hari ni syg betul2 sibuk,banyak sangat kerja tp syg cuba bahagikan masa untuk aby n anak2,dlm kesibukkan syg..xkn pernah syg lupa utk pulihkan ingatan aby,syg nk aby jelas dengan kehidupan sebenar,syg nak aby buka mata tengok keadaan sekeliling,tgk dunia kita sekarang,siapa yang ada siapa yang tiada,kita xperlu ingat sesiapa pun..kita perlu bergantung dan ingat pada Allah
Hari2 syg xpernah lupa ajar aby serba sedikit,syg bukan sempurna sangat bab agama tp syg akan ajar aby sikit2,supaya kita sama2 mendekatkan diri pada Allah,biarlah diri syg yang jahil ni & diri yang orang kata ahli neraka ni yang bantu aby,sekarang pun Allah dh tunjuk dh..syg bersyukur sbb Allah berikan ujian ni pada kita,Allah nk orang yang mengata syg tu,buka mata..syg tahu ada sebab Allah turunkan ujian,bersyukur lah aby..kita masih ada peluang,kuatlah demi kami,syg xkn peduli ape pun orang mengata kita,orang pandang kita,kita hidup kerana Allah,berharap aby akan didik syg n ank2 dengan sempurna
MRMZ💞

Hari ke 275
Hari ni umy aby dan eqy kurang sihat selsema,xdemam tp selsema,aby smpai merah mata2,mesti jangkit dari umy..kesian kt cinta hati umy ni,tinggal kakak je yang xselsema..umy harap cepat la baik,sbb xsmpai hati tgk aby smpai merah muka2..hari ni habiskan masa bersama,umy akan hiburkan aby dan ank2 dekat rumah,bila dlm keadaan mcm ni,keluarga kecil kita makin rapat,in sha Allah..tahun depan umy bg adik pada kakak & eqy😝tunaikan permintaan aby
Umy dh sewa dh rumah depan rumah umy ni,kerja baik pulih ruang tamu rumah umy start esk tp umy xjadi lagi keluar dari rumah ni,sbb MHI dari tv3 akan dtg hari ahad ni,mungkin ari ahad petang baru berpindah keluar dari rumah ni,klu aby xsakit,mmg xkn pindah keluar,tp takut habuk bunyi bising & nak bawa aby jumpa pakar susah klu ruang tamu sudah dirobohkan,nasib baik la ada rumah sewa kt depan rumah umy tu,dh la senang utk bawa aby keluar masuk rumah sewa tu,nanti hari2 umy bawa aby tgk sawah padi,umy nak aby cepat sembuh,umy nak fikiran aby sentiasa tenang
MRMZ💞

Hari ke 274
Syukur Alhamdulillah..sentiasa bersyukur setiap hari,biar la ape pun dugaan dan rintangan,syg yakin Allah sentiasa bersama,syg tidak akan pernah mengeluh sbb setiap ujian yang Allah turunkan,atas kemampuan kita,syg sangat yakin syg mampu hadapi dengan tenang,hati syg sangat lapang jiwa syg sngt tenang,dekatkan diri kita pada Allah & sentiasa berzikir,bila diberi ujian sebegini..kita akan tahu kemampuan diri,syg akan berusaha merubah nasib keluarga kita,lebih baik dari dulu
Sekarang aby sentiasa sebut nma Allah..kdg2 syg jadi sebak,sbb syg thu aby cuba dekatkan diri padanya,syg pasti 1hari nanti Allah akan makbulkan doa kita,semoga Allah permudahkan urusan kita,aby makin malas bercakap & bt pergerakkan sekarang ni tetapi syg xkan putus asa,syg akan bt aby bercakap..ni hnya ujian kecil bt kita,bila aby makin sembuh,perangai aby pn dh berubah tetapi syg tahu aby akan sentiasa dengar cakap syg sbb hnya syg dan ank2 je sentiasa bersama aby
MRMZ💞

Hari ke 273
Allah permudahkan urusan hari ni,umy dh dpt rumah untuk disewa selama 2mggu,depan rumah umy je..hari sabtu dh start repair rumah,umy terpaksa bawa aby keluar dari rumah ni,sbb tempat nk repair tu ruang tamu depan bilik umy,semua yang umy bt utk aby..utk kemudahan kita depan hari,sbb umy nk aby lebih selesa dengan keadaan rumah ni,senang nanti umy nk bawa aby keluar dari rumah,syukur Alhamdulillah..rezeki kita sentiasa ada,sentiasa cukup..selangkah kaki umy keluar rumah,rezeki yang akan umy bawa balik,yang penting niat kita
Hari ni aby sangat hensem,bersih muka aby..hari ni juga kali pertama setelah aby kemalangan,syg pakaikan seluar pendek,aby suka boleh pakai seluar,xperlu la pakai kain pelikat..lebih kemas aby nanti bila lengkap berpakaian,aby akn lebih rasa sihat nanti,seluar panjang belum boleh lagi..sbb susah nk pakaikan,in sha Allah..xlama lagi aby akan dapat pakai seluar jeans semula,aby perlu kuat..200k follower syg mendoakan aby,syg tunjuk pd aby n aby boleh sebut brpa rmai follower yg ada,syukur Alhamdulillah..syg harap 1 hari nanti,aby sendiri yang akan bercakap di dalam live di fb syg,dan ucapkan ribuan terima kasih pada semua
MRMZ💞

Hari ke 272
Alhamdulillah..13/2 pula kita jumpa pakar,syg terpaksa izinkan doktor operate & jahit balik tempat trachy,itu yang terbaik untuk aby..syukur Alhamdulillah,yang penting aby dh xperlukan trachy itu lagi,aby dh boleh bernafas dgn baik,wlpn keadaan aby sparuh sedar,syg dh bersyukur sngt..aby perlu kuat,sebutlah sentiasa nama Allah,berzikirlah seperti yang syg ajar setiap hari,Allah sentiasa ada bersama kita,susah kita..ramai lagi yang lebih susah,berat ujian kita..berat lagi ujian orang lain
Sentiasa positifkan diri,syg xkn penat hiburkan aby setiap hari,syg xpenat berusaha ajar aby & menjadi guru yg baik,dari 0 sampai ke tahap ari ni..tu dh bnyk pkembangan,kita perlu sentiasa bersyukur,sampai masa Allah akan beri ape yang kita minta,syg ad kt kb ni..minggu ni syg banyak urusan,syg akan cuba ubah nasib keluarga kecil kita,supaya aby sembuh nanti aby bangga mempunyai isteri seperti syg,bkn blasan yg syg minta..cukup aby sihat dan sentiasa ada bersama kami,minggu depan kita ada tetamu dari MHI TV3,sekali lagi kita akan masuk tv,semoga dipermudahkan
MRMZ💞

Hari ke 271
Umy muka ketat hari ni,selsema..harap xberjangkit pada aby,harap umy diberi kesihatan yang baik utk menjaga syurga umy yang hensem ni..in sha Allah..esk umy akan bt live dengan aby,selepas jumpa pakar dekat husm..pasal keadaan leher aby yang tercabut trachy tu,umy harap semua baik2,sbb umy tahu ramai yang mendoakan kesihatan aby..betul kata doktor peluang aby utk sembuh tipis dan umy tahu agar sukar utk aby berdiri dan berjalan semula,tetapi sedikit tidak mematahkan semangat umy..wlpn ingatan aby tdk pulih sepenuhnya,umy dh bersyukur umy berjaya bt aby kembali ingat sikit,kita akan cipta memori baru dan lebih indah dari dulu ye aby
Semalam umy bermimpi kita ke mekah,aby mengunakan wheelchair,apekah maksud itu?adakah Allah nk beri peluang pada kita smpai ke tanah suci itu,adakah itu jalan utk aby sembuh?in sha Allah aby..1 hari nanti,kita akan smpai ke sana..mungkin Allah nak beri hidayah kepada kita,umy akan kumpul duit..umy akan bawa aby kesana nanti,yang penting aby kuat untuk sembuh,kita berdua perlu redha,Allah akan berikan yang terbaik utk kita,sabar dengan ujian kecil dari Allah ini
MRMZ💞

Hari ke 270
Syg cuba sedaya upaya,syg akan iktiarkan sesuatu,supaya aby dpt bangun dan berjalan semula,kami nak aby sihat mcm dulu,kami nak aby pergi mencari rezeki & menjaga kami seperti dulu,tetapi kalau ditakdirkan oleh Allah..aby xmampu berjalan,xpe..aby jangan risau,syg mampu menjaga aby n ank2,syg mampu mencari rezeki,syg tdk takut utk terus melangkah,sbb klu kita tdk cuba,kita xkn tahu kebolehan kita,kita xkn dpat ubah kehidupan kita,aby dh capai tahap ari ni pn dh membuatkan syg bahagia,wlpn aby belum pulih ingatan sepenuhnya,syg akan cuba jadi guru yg terbaik,syg ada cara syg sndiri utk aby sembuh
Semalam kisah kita masuk metro,syg ada juga terbaca komen2,ada yang mengatakan syg ada hak utk minta cerai dsbbkan aby xmampu,utk pengetahuan ye..betul umy ada hak,tetapi cinta kami bukan terletak kepada kemampuan itu,kkurangan aby..umy sbgai isteri akan jadi plengkap hidup,kami ada cara kami utk bahagia,mana tahu dlm masa terdekat kami akan mendapat rezeki baby😍,jangan lagi kata aby xmampu ye…ingt tu,jangan kata orang diluar sna yg mampu boleh hidup bahagia,ujian akan dtg pelbagai cara..
MRMZ💞

[WANITA BESI] JUS WANAYU – Umy keluarkan dan amalkan utk aby.. Alhamdulillah dgn izinNya..POSITIF

Ramuan yang ada didalam JUS WANAYU
Jom kita mencegah dari penyakit,mencegah lebih baik dari merawat..sayangilah diri kita semua,jom amalkan makanan sunnah..

Bila bergelar wanita,banyak yang perlu kita jaga..dalaman & luaran,kita semua tahu ia penting

SERAPAT – menegangkan tisu faraj,menegangkan payudara,menegangkan otot & sendi

Yang ada masalah keputihan,berbau,kurang tenaga zahir & batin boleh cuba juswanayu

#wanita
#juswanayu

Ramai yang repeat oder JUS WANAYU WANITA
Alhamdulillah..bukan mudah utk kita yakin kan custmer,tetapi bila dh mereka cuba..bila berkesan,pasti mereka akan beli lagi..syukur selalu

#juswanayu
#wanita

Emak ayah sakit lutut,ada kencing manis,sakit tekak & tonsil,penyakit lupa,masalah penglihatan & sebagaiNya boleh amalkan jus wanayu

Luban – baik untuk penyakit lupa
Habatus sauda – penambah stamina & tenaga

#lelakiwanita
#juswanayu

Anak2 kurang aktif,malas ke sekolah,sembelit & kurang selera makan,boleh amalkan jus wanayu

DHA – pertumbuhan otak yang cergas,pertumbuhan saraf yang baik

KISMIS – melawaskan pembuangan air besar

#minda
#juswanayu

www.wasap.my/60133877161

Masa ni umy xtido lagi..sibuknya cari duit utk kita aby..lenanya aby tido,siap berdengkur lagi..orang xkan rasa ape yang umy rasa,keperitan hidup..bila ada segala2,Allah tarik nikmat tu..dan sekarang Allah beri satu persatu balik,bersyukur dengan berkat usha sendri,makan xmakan takde siapa yang peduli,takde siapa yang datang menemani,susah senang hanya kita je aby..takde seorang pun sanggup terus berada disisi,mereka mencipta seribu alasan,tetapi itulah realiti hidup,kita xkn boleh bergantung pada sesiapa pun..hanya Allah sahaja tmpt kita bergantung,melangkah la dan terus melangkah,biarkan mereka..mereka hanya pandai bercakap dibelakang je,sbb Allah belum uji mereka lagi..adakah mereka setabah kita?ujian xkn sama tetapi akan merasai juga..masa akan merubah segala2,1hari nanti…pasti terjadi
MRMZ💞

[Wanita Besi & Isteri Mithali – Umy Rohayu] Bakal Tubuhkan TABUNG IBU & ISTERI PRIHATIN (TIIP)

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

Puan Ayu & TIIP…
Pihak ngo Wakaf Dunia Islam (WADI) telah memetrai perjanjian penerbitan buku catatan 100 Hari Menggapai Syurga Terindah dengan puan Siti Rohayu. Penerbitan buku ini adalah sebahagian perancangan WADI dalam membantu puan Ayu dan suaminya yang masih terlantar. puan Ayu juga bersetuju menyalurkan sebahagian drp kutipan jualan buku ke Tabung Ibu & Isteri Prihatin (TIIP) yang bakal ditubuhkan. Ini kerana puan Ayu yakin masih ramai ibu dan isteri yang senasib dengannya yang berjuang tanpa mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. TIIP akan menyalurkan bantuan kepada ibu-ibu & isteri-isteri ini supaya beban mereka dapat diringankan. MOGA rancangan penubuhan TIIP mendapat sokongan dan dokongan ramai… Marilah kita zahirkan sokongan dengan “LIKE” 👍 & membeli buku catatan 100 Hari Menggapai Syurga Terindah…

Siapa yang sokong umy dalam bab ni?umy nak tgk siapa yg SHARE & KOMEN nak beli buku umy nanti,umy bukan riak nk menunjuk tetapi umy sudah lalui ujian yang amat berat,tak salah kita kongsi rezeki,bagi umy..duit bukan segala2,wlpn umy sangat perlukan duit tetapi utk kehidupan yang lebih baik,umy nak keberkatan hidup,umy nak aby sembuh,jadi umy nk salurkan kepada yang senasib dengan umy,ape yang Allah beri pasti cukup untuk kami,yang pasti umy berusaha mencari rezeki yang berkat & halal

#sharebanyak2

 

[TERKINI] Penerbit Novel Terangkan Sebab Utama Terhasilnya Nukilan Untuk UMY Ayu..

Assalamualaikum.

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

1.Terima kasih semua atas sokongan yg diberikan serta minat yg ditunjukkan. Tksh juga kpd dua orang sahabat yg bersama2 saya menemui Pn Ayu di Jertih, Trg iaitu En Jamil Mutalib dan Farouk Adam, Pengurus Projek saya.

2. Saya dan rakan2 mengucapkan syukur kpd Allah yg melancarkan segala urusan kami bermula drp perjalanan dr KL pada hari Khamis pkl 2 tghri hgga selamat sampai di Jertih kira2 pkl 10 mlm.

3. Terima kasih kpd Pn.Ayu dan suami serta keluarga tmsuk kakak beliau yg turut serta menjadi saksi kpd perjanjian penerbitan novel yg menceritakan kisah cinta yg mendalam serta kesetiaan dan ketabahan Pn.Ayu dlm merawat suaminya.

4. Objektif utama drp penerbitannovel ini adalah bg mengumpul sejumlah wsng untuk membolehkan Pn.Ayu membeli sebuah kereta utk memudahkannya bergerak ke HUSM bagi meneruskan rawatan untuk suaminya.

5. Selain itu, kami juga berharap melalui projek ini juga dpt mengumpul dana bagi membiayai rawatan En.Muhamad Ridhwan iaitu suami kpd Pn. Ayu.

6. Novel ‘Menggapai Syurga yang Terindah’ adalah sebuah novel terapi cinta yg memperlihatkan bagaimana kuasa cinta dan kasih sayang seorang isteri mampu menjadi sebuah terapi untuk menyembuhkan suaminya yg koma dan x diberikan harapan untuk hidup.lama oleh pakar perubatan yg merswatnya.

7. Ia turut disulami dgn maksud ayat2 al Quran dan hadis serta kata2 motivasi.

8. Novel ini in shaa Allah akan dilancarkan di PWTC pada 30 April atau 1 Mei sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2018.

9. Bg para peminat dan follower Pn Ayu yg byk memberi sokongan dan kekuatan kpd Pn. Ayu, beliau amat2 menghargai sokongan yg diberikan dan bersetuju melancarkan jualan secara online bermula dari 15 Mac hgga 15 April. Harga tetap RM25 tetapi bg peminat yg membeli secara online, anda ditawarkan kos penghantaran@pos percuma.

10. Pn Ayu juga akan melancarkan TABUNG ISTERI & IBU PRIHATIN (TIIP) sempena penerbitan buku ini di mana sebanyak 20% daripada keuntungan projek ini (iaitu 10% adalah sumbangan Pn.Ayu sementara 10% lagi akan disumbangkan oleh pihak penerbit).

#share

Sekian, harap maklum.

Sourced Facebook Siti Rohayu

[Catatan Pada HARI 269] Aby Gembira Bila Anak2 bersama… Tapi catatan umy buatkan kita sedih “syg thu aby nk kita sentiasa bersama tetapi keadaan kita tdk mengizinkan”

 

Hari ke 269
Alhamdulillah..selepas hujan munculnya pelangi,syukur pada Allah..memberi kenikmatan ini sekali lagi kepada kami,bila suami makin sembuh,Allah buka jalan pintu rezeki,permulaan buku catatan akan diterbitkan bulan4 nanti dekat pesta buku antarabangsa dekat pwtc,lps tu novel & drama,hari ni metro siarkan kisah kami,umy bukan nak mnunjuk..tak ada rasa riak,tp mungkin boleh dijadikan pengajaran pd semua,yang sedang diuji..
Syukur Alhamdulillah,hari ni juga aby dpt mlihat mata family dia,masing2 sibuk dengan hal masing2,dlm kesibukkan itu..jgn pernah berhenti mendoakan kami,itu pun dh cukup..aby gembira hari ni,sbb eqy dh balik..syg thu aby nk kita sentiasa bersama tetapi keadaan kita tdk mengizinkan,bila eqy sedang membesar,dia makin aktif…sabarlah aby,sedikit masa lagi..keluarga kita pasti lengkap,kita xkn terpisah dgn ank2..biarlah syg ubah nasib kta dulu,syg nk buktikan pada semua..bukan semua wanita lemah,syg pasti bangkit utk kita
MRMZ💞

Sourced Facebook Siti Rohayu

[NOVEL UMY ROHAYU] “MENGGAPAI SYURGA YANG INDAH” – Siti Rohayu.. Novel 100 Hari Catatan

Alhamdulillah..Dapat capai persetujuan bg menerbitkan buku ttg kisah kami berdua..Akan dilancarkan di PABKL 2018 bulan April nanti in shaa Allah..Nak tengok berapa ramai folower kami komen ‘akan beli’. Tlg share dan sebarkan…Harga buku cuma RM25.00 sahaja..buku tu akan lebih meruntum hati pembaca

#ShareBanyak2

Hari ke 268
Alhamdulillah..kebahagiaan pasti muncul stelah ditimpa pelbagai ujian,Allah dh buktikan segala2,asalkan niat kita betul & kita ikhlaskan hati,syukur pd Allah pintu rezeki terbuka luas,rezeki datang pelbagai cara,syg tidak jangka kehidupan kita dari ditimpa ujian smpai ke hari ni dapat bertahan,tanpa syg menangis dan merayu mminta simpati orang,hati syg begitu cekal n kuat sbb syg yakin Allah sentiasa ada bersama
Pagi tadi kita dapat tetamu dari KL,pengarah filem,penerbit & penulis novel,semoga urusan kita nanti dipermudahkan oleh Allah..hari ni keluarga syg berkumpul,datang makan2 kt rumah..dlm kesibukkan itu,terlepas pandang aby cabut tiub susu,mungkin aby gatal tetapi bila xde tiub tu,aby makin hensem..aby lebih selesa xde tiub tu,in sha Allah xlama lagi kita akan buang terus tiub tu,bt masa sekarang..aby perlu pakai dulu,30/1 kita akan jumpa doktor pakar,aby perlu kuat semangat,rmai yang mendoakan kita
MRMZ💞

Source FB Siti Rohayu

[TERKINI] HARI 265 – “Kalau ada orang yang buang kita,ingatlah masih ramai yang bersama kita” – UMY SITI ROHAYU

Hari ke 265
Syg sentiasa ada bersama,aby jangan takut..syg xkn tinggalkan aby dekat sini,sekarang masih berada dekat husm,berada di zon kecemasan,belum naik ke wad lagi..harap doktor xkan pasang balik trachy di leher aby,semoga Allah makbulkan doa syg..tenang aby,bila saat aby sakit..ingtlah Allah,kesakitan aby perlahan2 pasti akan hilang,kita perlu kuat..aby perlu cepat smbuh,kesian pada ank2 & syg..
tQ pada semua yang memberikan sumbangan,sepanjang perjalanan ke KL dan balik..ada je terjumpa hamba2 Allah yang baik2,mereka sangat teruja dapat jumpa kami..syg xthu kuasa ape yang Allah berikan,smpaikan mereka menhargai kita sedemikian..syukur pd Allah,nikmat yang tdk terhingga..pergi mana2 pun,dengan sesiapa pun syg xpernah sombong,klu ada orang yang buang kita,ingtlah masih ramai yang bersama kita
MRMZ💞

[UPDATE KISAH UMY AYU] Hari ke 263 – ‘Aby admitted trachy tercabut’…

Admin suka follow kisah mereka… Since ramai yg berminat, so hakak share update yg hakak dpt yer… Yerla.. Klau kita x mampu bagi wang ringgit… At least doa dan sebarkan berita utk ramai lagi rakyat malaysia or pembaca turut berdoa utk pasangan ini..

Moga urusan mereka dipermudahkan…

Berikut nota drp fb umy Ayu..

Hari ke 263
Semua ada sebab,Allah gerakkan hati ke KL..pagi tadi trachy kt leher aby tercabut,semalam dekat kul10 siap brubat dengan ustazah..tangan2 aby makin aktif,slps diurut dan disentuh dibacakan ayat2 al-Quran semalam,mgkn dlm tdk sedar..aby ttarik trachy tu,sekarang ada dekat kecemasan hospital sungai buluh,doktor xbg balik..sbb nk pantau aby 5 6jam,klu pernafasan aby ok..doktor akan bg balik & minggu ni umy kna g husm utk dktor sana tropong,klu semua ok..aby dh xperlukan trachy tu,dktor kata pernafasan aby baik..
Alhamdulillah..syg bersyukur sbb ramai yang dtg jumpa kami,bg sumbangan..bg mknan,terima kasih ya Allah..sbb hantar hamba2 yg baik2 pada kami,tgh hari esk klu aby ok..umy akan bertolak balik..doakan semuanya dipermudahkan..semua yang terjadi ada sebab,klu xdtg ke sini,trachy aby xmgkn tercabut..bila tercabut,ada harapan utk buang terus..harap aby dh makin baik,syg akan sentiasa ada bersama aby
MRMZ💞

 

[KISAH BENAR] KETABAHAN DAN KESABARAN SI ISTERI, KINI SUAMI KIAN PULIH – Kisah Penuh Ridzwan dan Rohayu

BESUT – Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Kita hanya merancang namun sebaik perancangan adalah dari Allah swt. Walaupun diduga dengan pelbagai ujian, seseorang haruslah tabah dan redha dengan takdir.

Imbas kembali pada hari kejadian. Pada petang itu yang bertarikh 03 Mei 2017, Muhamad Ridzwan Zaki yang berusia 27 tahun, sedang menunggang motosikal miliknya dalam perjalanan pulang dari bekerja.

Tiba-tiba, motosikal yang ditunggang olehnya telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda iaitu kereta Toyota Hilux.

Motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Ridzwan telah hilang pertimbangan. Kejadian tersebut telah menyebabkan Muhamad Ridzwan, cedera parah dan terlantar tidak sedarkan diri.

Muhamad Ridzwan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Muhamad Ridzwan sempat mendapatkan rawatan perubatan selama satu bulan.

Doktor yang merawat suami Siti Rohayu memberitahu bahawa harapan Muhamad Ridzwan untuk kembali sedar amatlah tipis.

Setelah sebulan menerima rawatan daripada pihak hospital, suaminya telah dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma. Hal ini demikian kerana Muhamad Ridzwan masih tidak sedarkan diri.

Keadaannya masih sama. Jika nanti suaminya sembuh, kemungkinan tidak akan sama seperti sedia kala ketika dia sedang sihat dahulu.

Doktor menyuruh Siti Rohayu agar berdoa dan redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah .

Siti Rohayu sentiasa berdoa agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Harapannya hanya satu, dia mahu Muhamad Ridzwan kembali sihat seperti dahulu.

Siti Rohayu sangat rindukan telatah suaminya. Apabila di rumah, dia akan menjaga suaminya dengan penuh keikhlasan.

Bagi Siti Rohayu, kasih sayang buat suaminya iaitu Muhamad Ridzwan tidak akan pernah pudar walaupun melihat Muhamad Ridzwan hanya terlantar di atas katil.

Semasa Muhamad Ridzwan koma, pelbagai cara telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya. Namun, keadaan suaminya masih sama.

Siti Rohayu telah membeli katil khas untuk suami iaitu katil caragem. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya, namun kini hanya kepada Allah dia bermohon agar suaminya akan kembali pulih seperti sedia kala pada suatu hari nanti.

Diari Pemberi Semangat

Hampir setiap hari akan ada catatan dari Siti Rohaya tentang perkembangan suaminya walau pun tidak banyak berubah.

Catatannya bersahaja tapi meruntun kalbu kerana si isteri selalu memuat naik foto-foto lama ketika suami masih sihat dan ceria.

Dari foto-foto dikongsi memang jelas kelihatan keduanya pasangan romantis, bapa yang penyayang yang suka merakamkan gambar bersama pasangan dan anak-anak.

Menjadi Inspirasi Hingga Diangkat Untuk Disiarkan Di KacaTV Dalam Rancangan Nona

“Saya memang TAK JANGKA semua ni akan berlaku”

“Saya terpaksa jual 2 buah kereta milik kami utk topup2 mana yg tak cukup”

“Saya terpaksa galas tanggungjawab suami”

“Saya mula belajar mcm mana nak buat bisnes online”

“Doktor ckp kalau slps 6 bulan suami tak mampu bangun, maka sah suami akan cacat kekal”

“Kehidupan bertukar 360 darjah”

Perkembangan Terkini

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Setiap hari, Siti Rohayu akan menghabiskan masa bersama-sama suaminya. Dia akan bercakap dengan suaminya memandangkan suami sudah boleh melihat.

Setiap kali Siti Rohayu mencium suaminya, suaminya akan membalas ciuman itu. Sebelum ini, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Perkara itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati sang isteri. Kini, Muhamad Ridzwan semakin pulih.

Dia sudah pun boleh duduk di atas kerusi roda. Hal ini berlaku disebabkan dorongan dan sokongan daripada sang isteri.

Video


Sang isteri telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyembuhkan sang suami. Muhamad Ridzwan semakin pulih disebabkan oleh, semangat juang yang tinggi dan seorang insan yang tidak pernah meninggalkan dirinya di saat duka dan suka iaitu seorang wanita yang bergelar isteri.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Menerusi perkongsian Siti Rohayu sebelum ini, suaminya sudah sekian lama koma akibat terlibat dalam kemalangan. Selama itulah Siti Rohayu tidak putus-putus berdoa dan menjaga suami dengan penuh kasih sayang. Malah dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan suami meskipun apa yang terjadi. Dan syukur akhirnya suami sedar daripada koma.

Perkongsian Siti Rohayu yang terakhir sempat kami rakamkan memang membuat netizen sebak, meskipun belum pulih sepenuhnya kelihatan si suami memangku anak kecil mereka. Ketabahan dan kesabaran wanita ini menjaga suami dan anak memang kami salute!

“Allah maha besar, kita merancang tapi perancangan Allah lebih hebat, doktor hanya meramal tapi tidak boleh nak tandingi Yang Maha Esa, ape yang doktor jelaskan dulu masih syg ingat tapi syg sikit tak percaya sebab syg lebih yakin kuasa Allah.

doktor dah sedaya upaya merawat aby tapi setakat itu aje yang dia mampu, syg sambut aby dengan penuh kasih syg, syg cipta kehidupan kita sendri, tanpa melibatkan sesiapa, hanya kita dan anak-anak yang berada dekat rumah, dengan setiap kesusahan syg keperitan syg.

Allah meringankan satu2 persatu, tak pernah merasa penat menjaga aby, walaupun dengan anak masih kecik, dengan tak cukup rehatnya..

Masa yang tak pernah cukup tapi syg redha..sbb syg yakin aby akan sembuh, kehidupan kita akan kembali normal, Allahuakbar..syg tak mampu nak berkata2.. bila makin hari makin jelas prubahan aby,syg tak pernah jemu utk melayan aby, tak pernah jemu menjaga aby..

kesakitan yg aby rasa syg pun turut merasa,sabar aby..ingat hembusan nafas kita akan terhenti bila2, ingat Allah” -MRMZ

Sebak tengok pengorbanan isteri

Video


Untuk menampung kehidupannya, Siti Rohayu telah membuat produk nya sendiri iaitu membuat Jus Wanayu. Untuk menghasilkan sesuatu produk, ianya memakan masa yang lama.

Pada awalnya, Jus itu dinamakan sebagai Jus Ayu sahaja namun tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kemudian, Siti Rohayu menukar jus itu dengan nama Jus Wanayu.

Selain itu, dia juga mula berkecimpung dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Rohayu juga telah menjadi stokis dan ejen bagi produk yang lain seperti menjual tudung secara online.

Siti Rohayu bertekad untuk mengubah hidup mereka sekeluarga demi memastikan keselesaan sang suami. Memandangkan suaminya tidak pulih sepenuhnya lagi, dialah yang perlu memikul tugas untuk mencari rezeki.

Semoga pasangan ini sentiasa berada di lindungan Allah swt. Dan semoga suami cepat sembuh dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Kepada isteri, jangan pernah berputus asa dan semoga sentiasa kuat.

Sungguh tabah hatimu wahai insan yang bernama Siti Rohayu ini. Terlalu besar pengorbanan yang diberikan kepada suamimu. Benarlah kata orang, kesetiaan itu penting.

Dalam keadaan yang sebegini, Siti Rohayu masih berada di sisi suaminya dengan setia tanpa berpaling arah. Semoga suamimu kembali sihat seperti sedia kala.

Ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita ini menguruskan suaminya membuatkan kita pilu.

Jika kita berada ditempatnya, mampukah kita setabah dan sesabar wanita hebat ini? Dari manakah kekuatan itu datang? Tepuk dada, tanyalah iman.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.

Sumber : Terengganutimes

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*