(VIDEO) Siapa Ahli Kumpulan 90an Innuendo Yang Beri Dadah Pada Farid Kamil

SHAH ALAM: Teka-teki siapakah dua lagi individu yang didakwa memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil terjawab apabila pihak polis meminta dua artis tersebut untuk menyerah diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular pada tahun 1990-an dan pupular dengan lagu Belaian Jiwa.

Selain dua artis berknaan, pelakon Sofi Jikan, 48, yang dikaitkan dengan kejadian tersebut telah menyerah diri pada Rabu dan ditahan polis selepas pemeriksaan terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis ganja.

“Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

“Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Khamis

Pada Rabu, pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

Sumbet:Mstar Online

  • Diterjemah Oleh: virality666.net.
  • Sumber Berita Asal Juga Disediakan.

3 Rakan Artis Aniaya Farid Kamil Dengan Dadah?

Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil yang menghadapai pertuduhan berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu mengatakan ia adalah angkara ‘rakan’ yang mencemarkan minumannya dengan dadah.

Dalam satu laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2017, beliau juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak Polis semasa beliau ditahan reman kerana menyerang Polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima Malay Mail, pelakon berusia 36 tahun itu menuduh 3 rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, beliau juga melaporkan yang beliau tidak begitu waras ketika itu kerana minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya itu, sehari sebelum insiden berkenaan.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an dan juga seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.

Selain dari minumannya, Farid juga mendakwa beliau diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair dari ketiga-tiganya yang membuatkan beliau berasa khayal selepas itu. Sehinggalah beliau ditahan selepas positif kerana disyaki penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Pelakon itu juga menyuarakan tidak puas hatinya dengan layanan dari pihak Polis ketika ditahan reman, dan juga turut menamakan pegawai Polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu penahanannya.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya yang menyebabkan perlakuan ganasnya.

“Beliau membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan”, katanya.

NotaKaki: Adakah apa yang Farid Kamil katakan ini benar? Siapakah 3 rakan artis yang men’dajal’ Farid Kamil? Tunggu berita selanjutnya..

Berita Asal:

Now, actor Farid Kamil blames ‘spiked’ drink for police station fracas

Farid accused three fellow artistes of drugging and causing the conditions that led to his altercation at the Kota Damansara station. ― Picture by Azneal Ishak

PETALING JAYA, Feb 3 — Actor-and-director Datuk Farid Kamil alleged in a formal complaint that his outburst at a police station last month was due to his friends purportedly “spiking” his drink.

In the report lodged at the Taman Tun Dr Ismail police station on January 31, he also accused the police of abuse while he was in remand over the alleged assault against a policeman and a civilian at another police station last month.

According to his report sighted by Malay Mail, the 36-year-old actor accused three fellow artistes by name of drugging and causing the conditions that led to his altercation at the Kota Damansara station.

Among others, he said he was not in full possession of his mental faculties at the time, claiming his drink had been spiked by the trio a day before the incident.

The three include a fellow actor/director, a singer who had been prominent in the R&B scene during the 1990s, and another actor.

Malay Mail cannot name the individuals accused for legal reasons.

Aside from the beverage, Farid said he was also offered a cigarette laced with an unknown type of oil by three fellow detainees, which he claimed made him feel intoxicated.

According to the police, the actor allegedly tested positive only for cannabis, for which he has also been charged.

The actor also registered his dissatisfaction with his treatment during his remand following his arrest, naming a policeman who had come in contact with him during the period.

Farid expressed further unhappiness that a photograph of him during the episode at the Kota Damansara police station wound up with the media.

The actor also claimed he was hurt while in police custody.

Yesterday, Selangor Criminal Investigations Department (CID) chief Senior Assistant Commissioner Fadzil Ahmat confirmed that Farid lodged the report on Wednesday in relation to the incident that led to his arrest.

“He wrote about a lot of things in the report and we are currently investigating them,” Fadzil was quoted as saying then.

On January 11, Farid was arrested for allegedly attacking a policeman and a civilian at the Kota Damansara traffic police station.

On January 16, he was charged at the magistrate’s court here with two counts of voluntarily causing hurt, and one count each for disorderly conduct and obstructing a public servant from carrying out his duty.

The court granted him RM12,000 bail with one surety for all the charges.

On January 25, he was again charged at the magistrate’s court with consuming cannabis, and was allowed bail at RM4,000.

Sumber : malaymail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*