[THROWBACK]Farid Kamil Bersua Tun Mahathir Untuk Sedikit Nasihat .. Dapat Pujian Tun M Lagi

Beberapa hari selepas bergelar Datuk, pelakon Tombiruo yang baru-baru ini menjadi perhatian mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Segala Video Klip Berada Di Pautan Akhir Artikel

Dalam pertemuan itu Datuk Farid Kamil dilihat menyatakan hasratnya kepada bekas perdana menteri berkenaan.

Soalan Farid mudah.

Dia bertanyakan kepada Dr Mahathir apakah pesanan yang boleh dititipkan buat artis-artis Malaysia.

Dr Mahathir pula – seperti kebiasaannya dengan gaya bersahaja – menjawab ringkas.

Kata Dr Mahathir manusia harus mengajak manusia lain untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Artis mempunyai ramai pengikut.

“Kita kena guna pengaruh itu untuk kebaikan. Dalam al-Quran ada sebut amar makruf nahi mungkar,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Meskipun tidak dinyatakan pertemuan berkenaan dipercayai berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengongsikan sebuah klip video memaparkan Farid yang berkain pelikat dan berbaju T dengan imej wajah Dr Mahathir, serta bertopi sambil mengomel mengenai kleptokrasi.

Ketika itu, Farid, 36, sedang berdiri di atas sebuah perahu yang beroleng-oleng dalam tali air dan bercakap dengan seseorang yang tidak diketahui identitinya.

“Banyak sangat rasuah, banyak sangat – apa nama…. kleptomaniac, banyak sangat samseng-samseng, banyak sangat KL gangster yang pegang industri,” katanya.

Selepas itu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menyambung bebelannya mengenai rasuah.

“Depa makan rasuah. Bila makan rasuah, bahaya, hang tak boleh jadi pelakon kalau makan rasuah.”

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rakaman berkenaan adalah bayangan untuk projek lakonan Farid yang terbaru atau sekadar bertujuan mengusik.

Sumber: Malaysia Kini

FARID KAMIL DITAHAN

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

INI PUNCANYA

“Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

“Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

“Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Utusan Online melaporkan, Farid disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya.

Sumber: MSTAR

 

Fathia Latiff Nak Polis Yang Kena Lempang Itu Juga Dikenakan Urine Test Untuk Ganja ?

January 12, 2018Leave a comment

Isu Farid Kamil didakwa mengamuk dan menyerang anggota polis dan dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, semalam menggemparkan satu Malaysia. Tambah mengejutkan polis mengesahkan pelakon itu turut positif dadah.

Terpanggil dengan laporan berkenaan, rakan artis melalui media sosial masing-masing menyuarakan pandangan mereka mengenai Farid. Maklumlah, bila bekerja bersama dan berkawan mestilah mereka tahu perangai sebenar Farid kan.

POLIS ITU JUGA HARUS DI PERIKSA AIR KENCING

Tidak ketinggalan memberi komen adalah aktres sensasi Fathia Latiff. Fathia menerusi tweetnya mengatakan tindakan Farid itu berpunca dari kemarahan dan ganja tidak wajar dipersalahkan.

Tambah panas, dia juga meminta polis yang mendakwa diserang untuk diuji kandungan air kencingnya. Aik, sampai ke situ pula?

Khir Rahman pertahan Farid, Diana

Pelakon dan pengarah, Khir Rahman meluahkan sokongannya kepada Farid dan menyifatkan pelakon berkenaan dan isterinya adalah orang yang baik. Kedua-dua mereka pernah berlakon di bawah arahan Khir sebelum ini.

Beto Kusyairy tuju tweet buat Farid?

Sementara itu, pelakon berkarakter Beto Kusyairy memuatnaik tweet yang memberi gambaran seolah ditujukan buat Farid. Dia berharap segalanya dipermudahkan bagi aktor Tombiruo itu setelah pelbagai kecaman dan perlian diterima Farid di media sosial sejak semalam.

Tambah Beto, manusia akan membuat spekulasi seperti mengetahui semua benda. Tambah parah kalau melibatkan tohmahan kepada keluarganya. Manusia hari ini, menurut Beto susah bertimbang rasa dan jarang ditemukan hari ini.

Sumber: Fathia Latiff , Beto Kusyairy , Khir Rahman via OhBulan

Farid Kamil Direman Empat Hari

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Farid yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi menaiki kenderaan polis kelihatan tidak terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.

Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurus Farid iaitu Fadzil Zahari. Difahamkan, isteri Farid iaitu Diana Danielle tidak dapat hadir bersama disebabkan sedang menjalani penggambaraan.

 

Farid ketika di mahkamah.

Terdahulu pada Khamis, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman atas Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

SUMBER : MSTAR