Kisah Benar Azab Jenazah Seorang Polis Melayu Jadi Iktibar Semua.. Ini Apa Yang Terjadi .

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.

Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Moral cerita:

1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.

2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.” Hadis direkodkan oleh Imam Muslim Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad.

Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal. Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.

Ummu Abbas-keranacinta Wassalam

sumber: baniviral dot com via media hijrah

 

LAGI HUKUM TENTANG TATOO

Menjawab pertanyaan daripada seorang sahabat berkenaan hukum tatoo. Sebenarnya malas nak bahas berkenaan tatoo ni sebab tak ramai yang buat, selalunya non muslim tapi kalau nak jumpa orang Melayu Islam bertatu cukup jarang. Tapi tak apalah, saya jawab juga.

1. Apa itu tatu?

Tatu ni sejenis perbuatan yang mana kita buat tanda pada badan dengan masukkan warna dalam kulit dengan cara mencucuk menggunakan jarum, melarik, dan sebagainya. Pendek kata, kita masukkan warna pada kulit untuk menjadikan satu design atau corak tertentu. Lazimnya, anggota badan yang bertatu seperti tangan, belakang badan, bibir dan lain-lain.

Jangan kita keliru dengan mencorakkan sesuatu pada tapak tangan dengan menggunakan inai ketika kahwin. Itu bukan tatu, itu saja-saja lukis atas kulit je kemudian selang beberapa bulan lukisan/design tersebut akan beransur hilang. Dan ini sama sekali tidak menjejaskan solat kerana air masih dapat mengalir atas permukaan kulit ketika wuduk.

2. Apa kesan tatu?

Antara kesan yang mungkin didapati :
– Alahan pada kulit disebabkan pewarna yang digunakan. Kulit akan menjadi bengkak dan gatal-gatal.
– Jangkitan penyakit hepatitis B
– Jarum yang tercemar digunakan juga boleh membawa kepada jangkitan HIV dan hepatitis C

3. Hukum bertatu?

Memang ada dalil yang mengatakan hukum bertatu adalah haram.

Hadith riwayat Al-Bukhari

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan yang mengubah ciptaan Allah”.

Hadith riwayat Muslim juga ada menyatakan

“Bahawa Rasulullah saw melaknat orang yang membuat cemara (menyambung rambut), orang yang minta dicemarakan, orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu”.

Cukup 2 dalil hadith sahih yang mengharamkan tatu. Larangan bertatu tidak ditujukan hanya pada perempuan, malah lelaki pun lebih-lebih lagilah…mungkin sebab zaman Rasulullah dahulu, yang gemar membuat tatu untuk tujuan kecantikan adalah di kalangan wanita…wallahualam.

4. Jika dah terbuat adakah wajib menghilangkannya?

a) Orang yang mukallaf (Islam, baligh, berakal) jika dia bertatu atas kerelaannya sendiri dan untuk menghilangkan tatu tersebut hanya dengan cara kaedah perubatan atau cara pembedahan sedangkan doktor dah maklum bahawa akan datang mudarat seperti hilang anggota atau fungsinya dan akan menyebabkan keadaan anggota tersebut menjadi buruk tetapi dia tidak takut langsung maka dia WAJIB hilangkan tatu tersebut.

Tetapi jika dia takut akan mudarat itu, maka tidak wajib untuk dihilangkan tatu tersebut dan dia tidak berdosa setelah dia bertaubat.

b) Orang yang dipaksa bertatu sedangkan diri dia tidak rela maka tidak wajib dia hilangkan tatau tersebut.

c) Orang yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gila maka tidak wajib hilangkan tatu tersebut tetapi orang yang buat tatu padanya akan menanggung dosa (gatal2 pegi buat sape srh?)

d) Orang kafir yang memeluk Islam. Jika dia bertatu sebelum dia masuk Islam adalah wajib untuk dia hilangkan tatu tersebut. Hukumnya sama seperti (a).

5. Sebab apa tatu haram? Apa kesan dalam ibadah?

Sebenarnya, bila kita buat tatu dan kita cucuk jarum pada kulit untuk masukkan pewarna, darah akan bertakung di permukaan kulit kesan cucuk tadi. Jadi bila darah bertakung, hukumnya najis jadi solat tidak sah sebab hukum tanggung najis. Wudhuk tak sah, solat pun tidak sah.

Habis tu macam mana pula dengan jenazah yang dah meninggal dunia? Wajib hilangkan?

Oh no no no….kita haram untuk hilangkan tatu pada badan jenazah tersebut kerana perbuatan tersebut dapat menyeksa lagi si mayat.

Orang yang bertatu juga tidak layak menjadi saksi atas apa jua perkara. Kerana syarat nak jadi saksi ini salah satunya tidak fasiq iaitu melakukan dosa besar atau dosa kecil yang berterusan.

Orang ini juga tidak layak menjadi wali nikah untuk anak dia atau sesiapa sahaja kerana dia tergolong dalam orang yang fasiq.

Sekiranya ada tatoo pada mayat perlu ke tidak kita membuang tatoo tersebut? Ikut penjelasan Ustaz Azhar Idrus.

SUMBER : http://junaidishukri.blogspot.my/2011/07/lagi-hukum-tentang-tatoo.html

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*