Polis Sahkan Farid Kamil Positif Ganja

Kini, Farid disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Kami juga terkejut dengan berita penahanan Farid dan tidak sangka juga beliau akan positif dadah. Farid sebelum ini jarang sekali terpalit dengan kontroversi panas dan antara artis yang menjadi pujaan ramai kerana mempunyai auranya tersendiri. Kita nantikan apa perkembangan lanjut kes ini nanti.

Dari Berita Harian;

PETALING JAYA: Pelakon yang juga pengarah bergelar Datuk, yang ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara hari ini, dikesan positif dadah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah. “Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya. Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Dia juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain. Mohd Zani berkata, susulan kejadian itu, suspek kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Terdahulu;

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis. Terus ke pautan akhir untuk melihat video Farid Kamil berjumpa Tun Mahathir baru baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

INI PUNCANYA

“Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’. “Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam. “Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan. Sementara itu, Utusan Online melaporkan, Farid disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya.

Sumber: MSTAR

Sebelum Ini Farid Kamil Ada Berjumpa Tun M Untuk Minta Nasihat. Beberapa hari selepas bergelar Datuk, pelakon Tombiruo yang baru-baru ini menjadi perhatian mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu Datuk Farid Kamil dilihat menyatakan hasratnya kepada bekas perdana menteri berkenaan. Soalan Farid mudah. Dia bertanyakan kepada Dr Mahathir apakah pesanan yang boleh dititipkan buat artis-artis Malaysia. Dr Mahathir pula – seperti kebiasaannya dengan gaya bersahaja – menjawab ringkas.

Kata Dr Mahathir manusia harus mengajak manusia lain untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. “Artis mempunyai ramai pengikut. “Kita kena guna pengaruh itu untuk kebaikan. Dalam al-Quran ada sebut amar makruf nahi mungkar,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu. Meskipun tidak dinyatakan pertemuan berkenaan dipercayai berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengongsikan sebuah klip video memaparkan Farid yang berkain pelikat dan berbaju T dengan imej wajah Dr Mahathir, serta bertopi sambil mengomel mengenai kleptokrasi. Ketika itu, Farid, 36, sedang berdiri di atas sebuah perahu yang beroleng-oleng dalam tali air dan bercakap dengan seseorang yang tidak diketahui identitinya. “Banyak sangat rasuah, banyak sangat – apa nama…. kleptomaniac, banyak sangat samseng-samseng, banyak sangat KL gangster yang pegang industri,” katanya.

Selepas itu, anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menyambung bebelannya mengenai rasuah. “Depa makan rasuah. Bila makan rasuah, bahaya, hang tak boleh jadi pelakon kalau makan rasuah.” Namun, tidak dapat dipastikan sama ada rakaman berkenaan adalah bayangan untuk projek lakonan Farid yang terbaru atau sekadar bertujuan mengusik.

Link: http://buletinnetizen.com/terkini-punca-sebenar-mengapa-dato-farid-kamil-melempang-anggota-polis-didedahkan/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*