Percayalah….Kawasan padang pasir di Gurun Sahara telah diliputi salji.

Kawasan padang pasir di Gurun Sahara yang diliputi salji.

SALJI setebal sehingga 40 sentimeter meliputi sebahagian Gurun Sahara di Algeria selepas ribut salji yang dianggap ganjil, Ahad lalu.

Salji turun di bandar Ain Sefra dan kawasan sekitarnya itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh 37 tahun menyebabkan tanah berpasir merah, hilang diganti dengan salji memutih.

Menurut Daily Mail, salji mula turun pada awal pagi Ahad lalu.

Jurugambar Karim Bouchetata berkata: “Kami terkejut apabila bangun mendapati salji masih turun. Liputan salji itu kekal hampir sepanjang hari sebelum cair sekitar 5 petang.”

Pada 2016, bandar itu yang digelar ‘Pintu Masuk Ke Gurun’ itu diliputi salji tebal pada hujung tahun menyebabkan kelam-kabut dengan penumpang terkandas dalam bas akibat jalan raya menjadi licin dan dipenuhi ais.

Sesetengah kawasan di Gurun Sahara diliputi salji tebal sejauh beberapa kilometer.

Pada Januari 2017, sekali lagi salji turun di bandar itu dan kekal agak lama hinggakan kanak-kanak boleh membina orang salji.

Salji sebelum itu turun di bandar berkenaan pada 18 Februari 1979 selama satu setengah jam.

menurut jurucakap jabatan meteorologi, udara sejuk bertiup ke Afrika Utara berikutan tekanan tinggi di Eropah yang menyebabkan cuaca sejuk pergi lebih jauh ke selatan berbanding kebiasaan.

Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut dan di kelilingi pergunungan Atlas.

Walaupun cuacanya sejuk pada Januari dengan suhu enam hingga 12 darjah Celsius, namun tiada salji.

Sumber: HM

Selepas 37 Tahun, Gurun Sahara Diliputi Salji Lagi

ALGIERS: Gurun Sahara dilanda salji yang dikatakan paling lebat pernah berlaku berikutan ribut musim sejuk sejak beberapa hari lalu.
Gambar yang dirakam menunjukkan bandar Ain Sefra di padang pasir itu dilitupi salji mencecah ketebalan sekurang-kurangnya satu meter.
Kawasan padang pasir paling panas di dunia itu menyaksikan sedikit salji hujung bulan lalu, kali pertama dalam masa 37 tahun.
Bagaimanapun, pada Jumaat, salji lebih lebat melanda dan beberapa kawasan di bandar yang dikenali sebagai ‘pintu masuk ke Sahara’ itu dilapor dilitupi salji sehingga paras pinggang.
Keadaan itu mencetuskan huru-hara di bandar itu dengan penumpang terkandas di dalam bas apabila jalan raya menjadi licin dan berais.
Menurut jurugambar Sekkouri Kamel, 38: “Salji bermula kira-kira jam 1.30 pagi ini dan ia kini sedalam satu meter di beberapa tempat. Penduduk terkejut dengan keadaan itu.”
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/22/gurun-sahara-salji/~/media/3c52c0d84b554f77b2595066fdd66df2.ashx?la=en

Kali terakhir salji melanda Ain Sefra ialah pada 18 Februari 1979, tetapi ia berlaku hanya beberapa minit.
Ain Sefra yang terletak tidak jauh dari sempadan Maghribi berada kira-kira 1,000 meter dari paras laut dan dikelilingi Gunung Atlas.
Gurun Sahara meliputi hampir keseluruhan utara Afrika dan ia mengalami perubahan suhu dan kelembapan sepanjang ribuan tahun lalu.
Saintis berkata, walaupun kawasan itu kering sepanjang masa, ia dijangka bertukar menjadi hijau semula pada kira-kira 15,000 tahun akan datang.
Salji melanda Sahara kelmarin beberapa hari selepas 2016 diisytiharkan sebagai tahun paling panas dalam sejarah.

Sourced MStar

Gurun Sahara Diliputi Salji 15 Inci, Kali Kedua Dalam Tempoh 40 Tahun

CUACA GLOBAL: Jika cuaca panas terik melampau sehingga 47 darjah celsius melanda Sydney Australia, lain pula yang berlaku di sebuah kawasan di gurun Sahara apabila salji turun di kawasan ini sehingga lebih 15 inci atau 40 centimeter.

Kejadian itu yang berlaku buat kali kedua dalam tempoh 40 tahun itu berlaku di sebuah bandar kecil di Ain Sefra, Algeria.

Salji pernah direkodkan turun sebelum ini pada Disember 2016, tetapi dalam kejadian berlaku terbaharu salji yang turun lebih lebat.

Menurut Media Atas Talian EXPRESS.UK menyatakan fenomena itu sempat dirakamkan seorang jurugambar, Karim Bouchetata yang mengambil gambar detik penting itu.

“Kami sangat terkejut apabila kami bangun untuk melihat salji sekali lagi hari Ahad dan mula lebat kira-kira pukul 5 petang,” katanya.

Kali terakhir salji turun sebelum ini Ain Sefra adalah pada 18 Februari 1979 apabila ribut salji melanda kira-kira sejam setengah.

“Tekanan tinggi bermakna cuaca sejuk terus bertambah jauh dari selatan normal. “Ain Sefra adalah kira-kira 1,000 meter di atas paras laut dan dikelilingi oleh Pergunungan Atlas.

Suhu purata untuk Januari ialah 6C, dengan paras terendah pada -0.3C.

Gurun Sahara merangkumi sebahagian besar Afrika Utara dan ia telah melalui perubahan dalam suhu dan kelembapan sejak beberapa ratus ribu yang lalu tahun. ”

Sourced Oh Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*