“Dah Berkurun Keropok Ni Di Jual… Tapi Baru Tahu Logo Halal tak sah…”

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng, dekat sini semalam kerana menggunakan logo halal palsu.

Serbuan pada jam 11 pagi itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri yang turut dibantu tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hasil maklumat orang awam dan risikan KPDNKK selama seminggu.

Seorang pemilik premis berusia 58 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil, berkata hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati syarikat terbabit menjalankan perniagaan menggoreng dan membungkus keropok udang yang mempamerkan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Kemajuan (JAKIM) pada pembungkus keropok berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan memperoleh keropok mentah dari Indonesia sebelum dipasarkan di sekitar sini.

“Pemeriksaan pada bungkusan keropok berkenaan mendapati logo halal yang dipamerkan pada pembungkus keropok menggunakan penandaan tulisan rumi dan jawi.

“Bagaimanapun, pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat berkenaan tidak pernah membuat permohonan sijil halal terhadap pembungkusan keropok berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shamsul Nizam berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 396 bungkus keropok yang siap dibungkus dan satu paket besar keropok yang belum digoreng.

Katanya, turut dirampas, 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai logo halal tulisan jawi dan rumi untuk siasatan lanjut dan nilai keseluruhan barang dirampas berjumlah RM1,786 dan pemilik premis turut ditahan bagi merakam percakapan bagi siasatan lanjut.

“Siasatan diteruskan sama ada syarikat berkenaan turut memasarkan keropok berkenaan di lokasi lain dan kes disiasat mengikut Perenggan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Nizam berkata dalam tempoh Januari tahun lalu hingga semalam, sebanyak 17 kes direkodkan membabitkan kesalahan isu halal dengan nilai rampasan berjumlah RM8,377.

sumber: kisahrumahtangga

 

Keropok udang guna logo halal meragukan dirampas

IPOH: : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Gopeng dekat sini dan merampas produk keropok udang keluaran kilang itu kerana menggunakan logo halal yang meragukan.

Dalam serbuan pada Khamis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPK) itu, sejumlah 396 unit keropok siap dibungkus dan 1,600 unit plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan halal tulisan jawi dan rumi telah disita.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dibuat selepas mendapat aduan orang awam berhubung penggunaan logo halal pada produk keropok udang yang dijual syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun itu.

Katanya, hasil siasatan terhadap lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik syarikat berkenaan, keropok mentah itu dibawa masuk dari Indonesia dan digoreng di premis tersebut sebelum dipasarkan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) sepanjang laluan Tapah hingga Tanjung Malim.

Tambahnya, pegawai dari JAIPK juga telah mengesahkan syarikat tersebut tidak pernah membuat pemohonan sijil halal untuk produk keropok udang tersebut.

“KPDNKK memandang serius berhubung premis perniagaan yang menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barang-barang keluaran mereka, serta melangar undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Peniaga perlu tahu akan kesalahan yang melibatkan makanan, barangan dan perkhidmatan serta penggunaan logo halal atau apa-apa representasi yang menunjukkan bahawa makanan atau barang-barang yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam,” kata Shamsul Nizam.

Tambah beliau, Pegawai Pengkuatkuasa KPDNKK negeri telah diarah melakukan pemeriksaan terhadap keropok udang berkenaan di seluruh negeri bermula dari Tanjung Malim hingga ke Parit Buntar.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas di Ipoh pada Jumaat.

 

Sumber Astro Awani

KPDNKK, JAIPk serbu kilang keropok
Oleh Farah Suhaidah Othman
bhnews@bh.com.my

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu sebuah kilang pembungkusan keropok di Gopeng, dekat sini semalam kerana menggunakan logo halal palsu.

Serbuan pada jam 11 pagi itu dilakukan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri yang turut dibantu tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hasil maklumat orang awam dan risikan KPDNKK selama seminggu.

Seorang pemilik premis berusia 58 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil, berkata hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati syarikat terbabit menjalankan perniagaan menggoreng dan membungkus keropok udang yang mempamerkan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Kemajuan (JAKIM) pada pembungkus keropok berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan memperoleh keropok mentah dari Indonesia sebelum dipasarkan di sekitar sini.

“Pemeriksaan pada bungkusan keropok berkenaan mendapati logo halal yang dipamerkan pada pembungkus keropok menggunakan penandaan tulisan rumi dan jawi.

“Bagaimanapun, pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat berkenaan tidak pernah membuat permohonan sijil halal terhadap pembungkusan keropok berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shamsul Nizam berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 396 bungkus keropok yang siap dibungkus dan satu paket besar keropok yang belum digoreng.

Katanya, turut dirampas, 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai logo halal tulisan jawi dan rumi untuk siasatan lanjut dan nilai keseluruhan barang dirampas berjumlah RM1,786 dan pemilik premis turut ditahan bagi merakam percakapan bagi siasatan lanjut.

“Siasatan diteruskan sama ada syarikat berkenaan turut memasarkan keropok berkenaan di lokasi lain dan kes disiasat mengikut Perenggan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Nizam berkata dalam tempoh Januari tahun lalu hingga semalam, sebanyak 17 kes direkodkan membabitkan kesalahan isu halal dengan nilai rampasan berjumlah RM8,377.

Sumber Bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*