Lebih 30k telah ditamatkan setakat Sept 2017…2018 dijangka 50,000 bakal hilang kerja..

SHAH ALAM – Seramai 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini, dengan sektor pembuatan berkemungkinan paling teruk terjejas.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, selain sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan juga dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.

“Antara faktor yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja ini adalah levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing dan Skim Insurans Pekerja (EIS).

“Pelaksanaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari dan cuti perseorangan turut menyumbangkan kepada faktor pengurangan tenaga kerja,” katanya yang dipetik dalam laporan The Sun Daily, semalam.

Mengikut rekod, seramai 38,499 pekerja kehilangan pekerjaan pada 2015. Angka itu bagaimanapun menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Namun, bagi tahun lalu, setakat September 2017 seramai 30,700 pekerja diberhentikan.

Selain itu, Shamsuddin berkata, pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu, turut memberi impak terhadap majikan untuk menggaji pekerja.

“Sesetengah majikan pula, mungkin enggan mengambil pekerja baru bagi menggantikan mereka yang telah bersara, dengan alasan tidak mahu menanggung beban kos tambahan.

“Majikan juga lebih banyak mengambil langkah berhati-hati bagi mengurangkan risiko kerugian kepada syarikat,” katanya.

Sementara itu katanya, sektor automotif dijangka terus mengalami pengurangan pekerjaan, berikutan penggunaan robotik dan teknologi maklumat.

“Begitu juga dengan sektor perbankan dan insurans yang dijangka mengalami nasib sama.

“Sementara itu, syarikat multinasional juga dijangka beralih ke negara yang menawarkan kos buruh lebih murah seperti Kemboja dan Laos, di mana kos upah hanya RM402 sebulan berbanding RM1,000 di sini,” katanya.

Sumber: Sinar Online

PUTRAJAYA, 6 Jan — Tidak perlu dibimbangkan dengan ramalan 50,000 akan kehilangan pekerjaan pada tahun ini, kata Majlis Profesor Negara (MPN).

Ketua pegawai eksekutifnya berkata negara maju akan kurang bergantung kepada pekerja dan penggunaan mesin menggantikan keupayaan manusia.

“Ia bukan jumlah besar jika mahu dibandingkan dengan bilangan sebenar pekerja di dalam negara kita,” kata profesor Datuk Raduan Che Rose.

“Pengangguran berlaku pada setiap tahun dan tahun lalu lebih kurang 37,000 orang hilang punca pendapatan.

“Bagaimananapun jumlah berkenaan termasuk mereka yang berhenti secara sukarela atau bertukar bidang pekerjaan.”

Raduan mengulas kenyataan pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia yang menjangka lebih 50,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun ini.

Datuk Shamsudin Bardan dilapor berkata sektor yang dijangka terjejas ialah pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan ekoran keadaan ekonomi semasa.

Tambahnya, fenomena itu berlaku disebabkan levi pekerja asing dan skim insurans pekerjaan yang ditetapkan kerajaan. Penggunaan mesin juga antara faktornya.

Faktor lain yang disebut Shamsudin termasuklah tempoh cuti pekerja hamil yang ditingkatkan kepada 90 hari dan semakan semula gaji minimum.

Raduan juga berkata situasi itu harus dilihat secara positif kerana ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 5.5 peratus pada tahun ini.

Beliau berharap kerajaan memainkan peranan lebih berkesan bagi memberi latihan kepada pekerja yang terjejas.

“Perkara ini harus dilihat dari sudut positif yang memberi gambaran prospek ekonomi negara yang semakin meningkat,” katanya, yang juga presiden MPN.

“Mereka yang berhenti ini akan menceburi bidang lain seperti perkhidmatan dan eksport dengan kerajaan memainkan peranan dalam memberi latihan semula.”

Sejumlah 37,699 pekerja diberhentikan pada 2016 sementara 38,499 hilang pekerjaan pada 2015, lapor portal The Sun minggu ini.

Kira-kira 30,700 pekerja pula diberhentikan setakat September tahun lalu.

Sumber : themalaymailonline

Bacaan
UTAMA
HIBURAN
SEMASA
NATIONAL
GLOBAL
POLITIK
SUKAN
BISNES
TEKNOLOGI
Bacaan Hangat Terkini Viral
HOME · SAFE · SEMASA · UTAMA
“50,000 Pekerja Bakal Kehilangan Pekerjaan Tahun 2018 Adalah Fenomena Tahunan” – MPN

Kongsikan di

KUALA LUMPUR: Kadar pertubuhan ekonomi negara terus meningkat setiap tahun menyebabkanlah isu pemberhentian kerja di negara ini masih lagi dalam kawal dan bukan sesuatu yang serius.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, rakyat perlu terima hakikat bahawa unjuran 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini adalah fenomena biasa saban tahun.

“Kita perlu terima hakikat bahawa jumlah itu bukanlah sesuatu yang besar berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga kerja di negara kita.

Jelasnya, tahun demi tahun apa yang dilalui adalah perkara yang sama, sebagai contoh pada tahun lepas 37,000 telah kehilangan pekerjaan tetapi angka itu termasuk dengan pemberhentian sukarela.

“Kita melihat perkara ini dengan lebih positif kerana kita juga dalam masa yang sama menerima hakikat bahawa ekonomi kita dijangka sentiasa berkembang,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan unjuran yang dibuat Persekutuan Majikan Malaysia yang meletakan sektor pembuatan antara yang berisiko diberhentikan kerja pada tahun ini.

Tambahnya, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja adalah seperti levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing, Skim Insurans Pekerja (EIS) dan pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu.

“Apa yang kita anggap sebagai pemberhentian ini bukannya berhenti terus. Terdapat pekerja menceburi sektor lain yang dianggap sesuai.

“Dalam masa yang sama, kita mengambil pendekatan positif apabila kebanyakan daripada pemberhentian itu terlibat dalam sektor pembuatan dan perkilangan yang mana kita sangat bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada Disember lalu, masih terdapat 15.09 juta pekerja di negara ini sehingga Oktober 2017.

Berdasarkan rekod, seramai 38,499 pekerja hilang pekerjaan pada 2015, akan tetapi angka tersebut menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Disamping itu, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan akan dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.

Sumber – astroAwani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*