Zarina Zainuddin Cerita Detik Dihalau & Ditengking Peniaga Lain

Aktres Zarina Zainuddin menceritakan pengalamannya dihalau serta ditengking oleh seorang peniaga lain yang tidak senang melihat kehadiran pelakon itu.

Menurut kemas kini laman Instagram pelakon drama bersiri Teduhan Kasih itu, kejadian tersebut berlaku di Dataran Lumut, Perak dan pada ketika itu, Zarina ditemani oleh anaknya, Azil.

Rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh peniaga tersebut kepada Zarina dan Azil serta memuji sifat Zarina yang sabar dan tabah menghadapi detik hitam berkenaan.

“@achyksuhai: Tak ada adab betullah. Hish.”

“@gustiucu5886: Semoga anda lebih tabah mengharungi kehidupan di duniawi.”

“@elynein: Allahu Rabbi moga hatimu terus tabah. Manusia memang macam tu banyak sangat perasaan dengki iri hati.”

“@ayong_senget24: Bertabahlah kak @zarinazainuddin_ manusia memang macam tu dia tak tahu rezeki dia pun datang dari Allah SWT. Sekarang dia boleh hidup senang esok lusa Allah SWT tarik balik rezeki dia time tu dia nak menyesal pun dah tak guna dah.”

“@lisaaidi: Tak pe sis. Dia bagi sis pahala free.”

Peminat juga memuji tindakan Zarina yang membatalkan niat untuk berniaga dan seterusnya bersedekah pada mereka yang berada di situ.

Teks oleh: Kamaruddin Razal  Astro Gempak
Foto: Instagram Zarina

Azil & Azal Bergaduh, Zarina Zainuddin Pernah Panggil Polis Datang Ke Rumah

Pelakon Zarina Zainuddin, 47, mendedahkan pernah menghubungi anggota polis untuk datang ke rumahnya bagi meleraikan pergaduhan dua anaknya, Muhammad Razil Azrail (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21.

Kata Zarina, kedua-dua anak istimewanya itu bergaduh menggunakan pisau dan khuatir kejadian lebih buruk berlaku sekiranya tidak dibendung dengan segera.

“Pernah satu masa mereka (Azil dan Azal) bergaduh sampai bawa pisau naik bilik. Jadi, ketika itu saya terpaksa panggil pihak polis untuk meleraikan keadaan,” katanya menerusi temubual bersama Datuk Siti Nurhaliza dalam rancangan terbaharu, Inspirasi Taqwa.

Azil juga pernah membuatkan Zarina buntu apabila anak lelakinya itu menghilangkan diri ketika mereka sekeluarga berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota sempena membuat persiapan menyambut Aidilfitri beberapa tahun lalu.

“Kami sedang mencari baju raya ketika itu tiba-tiba Azil hilang. Cari punya cari sampai pusat beli-belah itu tutup rupa-rupanya dia berada di dalam bilik persalinan sambil membelek surat khabar.

“Mendengar suara saya barulah dia mahu buka pintu,” cerita Zarina tentang pengalaman dia membesarkan dua orang cahaya mata yang menghidap Autisme.

Kedua-dua anak lelakinya itu pada asalnya membesar seperti bayi normal walaupun dilahirkan tidak cukup bulan namun, selepas tiga tahun barulah Zarina menyedari anak-anaknya mempunyai masalah Autisme.

Zarina kemudiannya mengambil inisiatif untuk berhenti berlakon seketika bagi memberikan tumpuan kepada pendidikan awal Azil dan Azal.

Kisah luar biasa kecekalan Zarina membesarkan anak-anaknya itu diceritakan dalam episod pertama program bual bicara Inspirasi Taqwa yang dihoskan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Inspirasi Taqwa dibawakan oleh Vivo. VIVO V5S | Selfie Sempurna. Ditayangkan setiap hari Rabu pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Sumber Gempak Astro

Simpati! Anak Zarina Zainuddin Bertindak Agresif

JIKA anda sering mengikuti Instagram pelakon Zarina Zainuddin, anda pasti dapat melihat dia seorang ibu yang hebat untuk menjaga anak Orang Kelaianan Upaya (OKU).

Membesarkan dua anak kembar autisme iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21, membuatkan wanita berusia 47 tahun ini sentiasa menjadi idola wanita dan ibu-ibu di luar sana.

Bagaimanapun awal pagi Rabu, pelakon Isteri Tuan Ehsan ini telah memuatnaik tiga video di Instgaramnya yang disifatkan netizen amat menyentuh hati.

Anaknya Azal dikatakan terlalu risau terhadap ibunya yang tidak beberapa sihat lalu dia sukar mengawal emosi gara-gara ibunya itu terlupa membawa ubat.