Selepas Tak Tahan Di Asak Oleh Wartawan, Akhirnya Nelydia Senrose Berlaku Jujur Dedah Hubungan Sebenar Beliau dengan Jejai Bekas Suami Fasha!

Malah, ada juga yang mengatakan kedua-duanya kononnya merancang mahu mendirikan rumah tangga.. Betul ke?

Hari ini, tuan empunya badan tampil menjelaskan perkara sebenar dan berharap agar segalanya terjawab selepas ini.

Menyifatkan berita tersebar itu tidak benar, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu menegaskan statusnya masih single selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya.

“Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?” kata pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini lagi.

Nelydia bagaimanapun mengaku berkawan dengan lelaki terbabit, namun perhubungan itu tidak lebih daripada rakan biasa.

“Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua.

“Selepas putus cinta beberapa tahun lalu, saya belum ada kekasih. Saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta,” kata Nelydia, lapor Berita Harian.

Kata artis yang bakal menyambut hari lahir ke-23 pada 30 Julai ini, jika satu hari nanti jodohnya tiba, beliau berharap biarlah lelaki itu seorang yang matang dan mampu membimbingnya menjadi isteri yang baik.

sumber : miloopanas

——————————

Kecewa Putus Cinta, Wanita Upah Orang Rakam Aksinya Bunuh Diri Secara ‘Live’ Di Facebook

Seorang wanita berasal dari Thailand, dipercayai kecewa selepas gagal dalam percintaan dan bertindak menyiarkan rakaman bunuh diri menerusi siaran langsung Facebook (Facebook Live) di Jambatan Rama, Bangkok.

Menurut laporan The Nation, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Selasa lalu, gadis berusia 18 tahun itu bertindak terjun dari Jambatan Rama dipercayai membunuh diri akibat masalah cinta.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa yang dikenali sebagai Nitaya dikatakan mengupah seorang lelaki untuk merakam videonya, sebelum menyiarkan di laman Facebooknya pada jam 2 pagi.

Menerusi rakaman tersebut, mangsa dikatakan sedang dalam keadaan mabuk dan sambil menyanyikan lagu perpisahan. mangsa kemudiannya dilihat memanjat penghadang jambatan tersebut dan berada di bahagian luar lalu terjun ke dalam Sungai Chao Praya.

Lelaki yang diupah untuk merakam kejadian tersebut menjerit akibat terkejut dengan tindakan Nitaya yang terjun ke dalam sungai sebelum menghentikan rakaman itu.

Menurut polis lagi, gadis itu dalam keadaan sedih dan menangis telah memuji pemandu teksi motosikal di Soi Nakniwat itu kerana membawanya ke jambatan tersebut.

Gadis itu menawarkan wang tambahan sebanyak Bt500 (RM61) kepada lelaki terbabit supaya duduk bersamanya di lokasi kejadian dan merakam ‘Facebook Live’.

Dia berkata dia melihat mangsa jatuh dan terkapai-kapai di dalam air sebelum tenggelam.

Laporan terbaru polis telah menjumpai mayat wanita itu dalam operasi mencari yang dilakukan di sungai tersebut.

sumber : miloopanas

 

Siapa tidak kenal dengan pasangan adik-beradik popular dalam industri hiburan, aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Uqasha yang berusia 25 tahun, meledak dengan beberapa drama popular, antaranya Tundukkan Playboy Itu, Kerana Anisa, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Hero Seorang Cinderella. Tak kurang beliau turut membintangi filem-filem seperti Paku Pontianak dan Hantu Kak Limah 2.

Manakala, Nelydia, 23, dikenali menerusi drama Spa Q, Spa Qistina, Setia Hujung Nyawa, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup dan banyak lagi. Turut membuat kemunculan dalam filem Cinderella, Mat Tudung dan Jebat.

Adik-beradik ini sememangnya amat jelita dan sering dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki popular sebagai kekasih.

Terkini, Uqasha dikatakan sedang mengenali hati budi pengacara Hefny Sahad.

Untuk pengetahuan anda, Uqasha dan Nelydia mempunyai kedua ibu bapa yang tak kurang kacak dan jelitanya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bukan?

Jom intai gambar ibu dan bapa kepada pasangan adik-beradik ini.

siapa sangka ini 2 foto ayah dan ibu uqasha dan nelydia senrose 2

siapa sangka ini 2 foto ayah dan ibu uqasha dan nelydia senrose 3
Kredit foto: cepatpanas.blogspot.my
Sumber berita: Wikipedia

 

Uqasha Senrose, Hefny Bakal Bertunang

PELAKON Uqasha Senrose, menamatkan teka-teki kisah cintanya apabila berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan pelakon Hefny Sahad.

Uqasha, 25, atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, setelah bercinta lebih setahun, dia sudah bersedia meneruskan hubungan ke fasa yang lebih serius.
“Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini.
“Buat pertama kalinya ini saya mengaku sedang bercinta dan bahagia dengan Hefny. Apa yang boleh saya kata, kami serius dalam perhubungan ini,” katanya kepada mStar Online.

Hefny kerap berkongsi fotonya bersama Uqasha di Instagram.
Uqasha ditemui di majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini akan memaklumkan tarikh sebenar majlis pertunangan mereka kelak.
Terdahulu, Hefny menerusi laporan mStar Online bertarikh 25 Oktober mengakui Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya.

Hefny akui Uqasha wanita paling rapat dengannya.
Dalam pada itu, Hefny mengakui mereka sedang dalam perancangan ke fasa perhubungan lebih serius.
“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang gadis yang menyenangkan.
“Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami,” katanya ringkas.

Credit MStar

Uqasha Senrose perjelas isu berat naik 13kg dalam sebulan

Selain penampilan yang agak seksi, perubahan bentuk badan pelakon cantik itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.

PELAKON Uqasha Senrose mengakui berat badannya naik sebanyak 13 kilogram kerana selera makan yang tinggi.Uqasha Senrose, 25, juga tidak menafikan dirinya yang sedang bahagia juga antara faktor berat badannya bertambah.”Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.”Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial.”Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.”Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya kepada Astro Gempak.

Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, pada Ahad.

Sebelum ini penampilan Uqasha di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017), Jumaat, menarik perhatian netizen.

Selain penampilan yang agak seksi, perubahan bentuk badan pelakon cantik itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tidak kira negatif atau positif menerusi ruangan komen foto terbaru yang dimuat naik oleh Uqasha di akaun Instagram (IG)nya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*