“Paling Membahagiakan, Allah Telah Menemukan Jodoh Dunia Akhirat”- Fattah Amin

Aktor Fattah Amin rasa bertuah kerana tahun 2017 telah memberikan banyak rezeki dan berpeluang mengukir pelbagai momen indah, termasuk kehadiran Fazura dalam hidupnya.

Fattah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu Fazura perkara paling membahagiakannya untuk tahun 2017.

Pelakon Coffee Prince itu bersyukur kerana dipertemukan dengan Fazura dan menganggap ia jodoh terbaik dunia akhiratnya.

Menerusi tulisannya sempena tahun baru, Fattah memuji isterinya seorang wanita yang ayu namun berani, wanita yang anggun namun bersahaja, wanita yang lemah lembut namun cekal.

Selain itu, Fattah turut berbangga kerana dia telah mencapai banyak kejayaan dalam kerjayanya pada 2017 termasuk menggunguli beberapa anugerah di Anugerah Meletop, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Buku Negara.

Akhir sekali, Fattah turut berharap agar kehidupannya serta kerjayanya lebih berjaya pada tahun 2018.

Berikut merupakan ucapan penuh Fattah sempena tahun baru:

Foto: Instagram Fattah Amin

Credit Gempak Astro

Fattah Amin, Fazura memadu asmara di Eropah

 

KUALA LUMPUR : : Cerita pasangan serasi yang mendirikan rumah tangga dalam satu acara tertutup nampaknya masih belum reda di kalangan peminat mereka.Gerak-geri pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun masih diikuti ramai oleh peminat dan pengikut mereka terutamanya di laman media sosial.Mereka yang berkahwin pada 27 November lalu dikatakan sudah berangkat untuk meraikan bulan madu di beberapa buah negara Eropah.

Selepas Fazura memuat naik ‘story’ di Instagramnya, netizen turut mengucapkan selamat jalan buat pasangan tersebut menikmati musim-musim bahagia mereka

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.

Mereka mendirikan rumah tangga beberapa hari selepas mengumumkan talian pertunangan mereka setelah mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu, pasangan tersebut dikatakan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka sekitar Mac atau April tahun hadapan.

Sourced Gempak Astro

Keluarga Minta Rahsia Majlis Kahwin” – Fattah Amin

PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin memberitahu tindakannya merahsiakan majlis pernikahan dengan aktres Nur Fazura pada malam Selasa adalah bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
Fattah menerusi temubual siaran langsung sebuah portal berita memberitahu pihak mereka mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.
“Jodoh adalah rahsia Allah, kita sudah rancang yang terbaik. Semua yang berlaku ada sebab tersendiri.
“Semua ini adalah atas permintaan keluarga yang saya perlu hormati. Kami sudah setuju untuk tidak berkongsi perkara peribadi dan apa yang kami nak kongsi, sudah pun kongsikan,” ujarnya.
Fattah, Fazura Tidak Diberi Layanan Istimewa – Jawi
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/28/fattah-permintaan-keluarga/~/media/77b591b840f74657a3c1b978ab35d650.ashx?la=en

Fattah dan Fazura sah menjadi suami-isteri dengan sekali lafaz.
Fattah ditemui buat pertama kali selepas bergelar suami kepada aktres Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu.
Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.
Sementara itu Fattah berkata, dia dinikahkan oleh abang Fazura dengan disaksikan beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi).
“Alhamdulillah seperti kenyataan daripada Jawi, semua berjalan ikut proses yang betul dan saya dinikahkan oleh abang Fazura.
“Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kami,” ujarnya.
Fattah berkata, mereka bakal mengadakan dua majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan itu pada awal tahun depan.

Sourced Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*