“PERCIKAN DARAH, MACAM TAK PERCAYA” – FIZO OMAR

Fizo Omar menyifatkan pengalaman menyaksikan sendiri proses kelahiran anak sulungnya pada Jumaat lalu sebagai luar biasa. Foto Instagram @fizoomar

EMPAT tahun menanti kehadiran zuriat pertama, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui ia pengalaman luar biasa dapat melihat sendiri kelahiran bayi sulungnya pada Jumaat lalu.Fizo, 32, menerusi Instagramnya memberitahu perasaannya bercampur baur apabila diberi peluang melihat sendiri proses kelahiran selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum isterinya, Mawar Abdul Karim disahkan hamil.”Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh-Nya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama serta pelbagai cabaran untuk Mawar nak hamil dulu.”Aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik pembedahan mengharungi setiap saat, getir Mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami.

Fizo dan Mawar akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selepas empat tahun berkahwin.

“Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ itu,” tulisnya.

Mawar, 28, yang juga pengasas tudung Fareeda melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubtan Pantai Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4.01 petang Jumaat.

Bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.78 kilogram.

Cerita Fizo lagi, pada ketika itu fikirannya tidak lagi memikirkan soal takut melihat darah dan bahagian perut Mawar yang dibedah sebaliknya risau tentang keadaan anaknya selain tidak sabar untuk bertemu dengannya.

Fizo berkongsi pengalaman menyaksikan kelahiran anak pertamanya dengan pengikutnya di Instagram.

Katanya, sudah menjadi impiannya untuk bergelar seorang bapa dan saat dia bertentang mata dengan bayi perempuannya itu, Fizo memberitahu air matanya mengalir.

“Yalah mana taknya, bukan sahaja empat tahun aku menunggu malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri kerana mempunyai cahaya mata adalah salah satu impian utama dalam hidup aku.

“Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ.

“Subhanallah aku macam tak percaya, Weh! Aku dah jadi Daddy! Itulah yang bermain di kepala aku,” ujarnya.

Fizo menanam uri.

Bagaimanapun kata Fizo, walaupun teruja namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk memegang anaknya itu dan hanya memerhatikan sambil mengalirkan air mata.

“Aku sampai tiada kekuatan nak pegang baby masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang jururawat sedang buat kat anak aku.

“Mereka tepuk tapak kaki dan baby terus menangis, lagi kuat baby menangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya Allah, syukur kepada Mu Ya Allah,” katanya lagi.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Sumber:mstar

 

Alhamdulillah, Fizo, Mawar timang cahaya mata

Isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim, 28, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram (kg) di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 4.01 petang, hari ini.

Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram peribadinya sebentar tadi.

“€œAlhamdulillah, syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg pam 4.01 petang tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Fizo dan Mawar akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung selepas isterinya mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim awal tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 10 November 2013.

Sumber:hmetro

<“Bila-Bila Masa Saja” – Kandungan Mawar Cecah 9 Bulan, Fizo Omar Tak Sabar Sambut Anak

 

Pelakon Fizo Omar akui berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana isterinya, Mawar Abd Karim yang hamil sembilan bulan bakal bersalin bila-bila masa.

Menerusi beberapa siri foto beserta kapsyen yang dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan Fizo tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak perempuannya.

Foto-foto yang dikongsi juga merakamkan wajah Fizo dan Mawar yang kelihatan begitu ceria dan berseri.

“Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam, malam-malam gosok perut, tau-tau dah sembilan bulan dah.

“Bila-bila masa saja dari sekarang! #parentwannabe,” tulisnya pada salah satu entri yang dimuat naik.
Manakala Mawar pula bergurau dan memberitahu masih belum puas lagi menikmati makanan yang enak.

“Menghitung hari dan menghitung makan yang belum ditunaikan.

“Sabar ya anak bagi masa kita rasa makan yang sedap-sedap dulu ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan bersalin Mawar dipermudahkan.

Tidak ketinggalan juga rakan artis antaranya Datin Zizie Ezette, Fadzil Zahari dan juga Saharul Ridzwan turut mendoakan kesejahteraan Mawar.

“Semoga dipermudahkan belaka boh. Amin Ya Rabbal Alamin,” – @saharulridzwan

“Baby kita lahir nanti almost at the same time ni, InshaAllah, semoga dipermudahkan, amin,” – @zizieizette

“Alhamdulillah brother,” – @fadzilzahari

CREDIT TO Gempak

Foto: Instagram @fizoomar / @mawar_karim

 

ALHAMDULILLAH. Penantian Fizo Omar Selama 4 Tahun Kini Berakhir
December 24, 2017 admin

Pada Mei lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar begitu teruja kerana isteri beliau, Mawar Abdul Karim telah disahkan hamil selepas empat tahun berumah tangga semenjak 10 November 2013.

Mawar juga pernah menjalani beberapa pembedahan serta mendapat rawatan di Klinik Dr Hamid Arshat yang terletak di Bukit Damasansara ekoran mengalami masalah peranakkan sehingga menyukarkan beliau untuk mendapat cahaya mata.

Sejak akhir-akhir ini Fizo juga kerap memuat naik gambar-gambar persiapan sebelum anak sulung beliau dan dijangka Mawar akan bersalin pada bulan Disember 2017 atau Januari 2018. Fizo juga ada bertanya pendapat kepada peminat-peminat beliau apa nama yang sesuai yang perlu diletak untuk cahaya mata beliau.

Hangat.com mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan pasangan ini dapat menimang cahaya mata perempuan yang sihat wal-afiat, amin.

sumber; hangat.com

ALHAMDULILLAH. Penantian Fizo Omar Selama 4 Tahun Kini Berakhir

Kerana hamil anak sulung, Mawar Fareeda mula berubah tingkah laku. Mawar yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan selebriti, Fizo Omar, di sahkan mengandung pada bulan Mei tahun ini. Kini usia kandungannya sudah memasuki 4 bulan.

Tahniah buat mereka berdua selepas menunggu selama empat tahun akhirnya diberikan rezeki anak yang di nanti-nantikan oleh mereka berdua.

Berikut adalah artikel yang dikongsikan oleh mStar.

PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu, dia menyedari isterinya mula berubah cita rasa makanan selepas usia kandungan sudah memasuki lebih empat bulan.

Fizo, 32, berkata, selain mula mengalami perubahan fizikal, isterinya juga kini gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab.

Hamil Anak Sulung. Mawar Fareeda Mula Berubah.

Kerana hamil anak sulung, Mawar Fareeda mula berubah tingkah laku. Mawar yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan selebriti, Fizo Omar, di sahkan mengandung pada bulan Mei tahun ini. Kini usia kandungannya sudah memasuki 4 bulan.

Tahniah buat mereka berdua selepas menunggu selama empat tahun akhirnya diberikan rezeki anak yang di nanti-nantikan oleh mereka berdua.

Berikut adalah artikel yang dikongsikan oleh mStar.

PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu, dia menyedari isterinya mula berubah cita rasa makanan selepas usia kandungan sudah memasuki lebih empat bulan.

Fizo, 32, berkata, selain mula mengalami perubahan fizikal, isterinya juga kini gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab.

“Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.

“Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, perubahan fizikal Mawar pula kelihatan setelah usia kandungannya memasuki empat bulan setengah. Malah, selera makan juga bertambah daripada biasa.

“Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.

“Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan,” kata Fizo.

Selain itu, tambah pengusaha restoran Fizo Mawar Kitchen ini lagi, sehingga kini isterinya masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan pagi dan muntah-muntah.

Selain itu, buat masa ini, dia belum dapat mengenal pasti jantina bayi berikutan masih terlalu awal.

“Baby malu-malu lagi kot. InsyaAllah kami akan buat pemeriksaan lagi sekali apabila kandungan memasuki usia lima bulan. Harap dah boleh nampak,” katanya.

Pasangan ini baru sahaja pulang ke tanah air setelah lebih seminggu bercuti dan menjalani penggambaran program Into Jannah, terbitan Astro Oasis.

Antara lokasi yang dilawati pasangan ini ialah Tangalooma Island, Brisbane dan Gold Coast, Queensland.

Di bawah ini adalah perkongsian gambar-gambar menarik daripada Mawar dan Fizo sepanjang percutian mereka di Australia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*