Jangan Buang Nasi Lebih. Ini Cara Buat Rice Ball Yang Mudah & Sedap

“Alahai, banyaknya nasi lebih hari ini. Tak tahu pula masing-masing dah makan di luar tadi. Nasi semalam masih ada dalam peti sejuk. Ni bertambah lagi. Apa resepi lain yang aku boleh buat selain nasi goreng ya?”

Perkara begini memang biasa berlaku. Sampai satu tahap, kita pun dah jemu nak makan nasi. Perkongsian kali ini adalah oleh Puan ‘Az Shafiqah Ira yang akan menunjukkan bagaimana cara buat rice ball menggunakan nasi lebih. Menurut beliau, bila ada nasi lebih, kalau buat rice ball ini, memang laju saja ia habis dimakan.

Menariknya, ia memang sangat mudah, tapi cukup menyelerakan. Kalau ada anak-anak tak suka makan nasi pun, tentu mereka akan makan rice ball ini. Jadi, jom kita tengok caranya.

CARA BUAT RICE BALL, LANGKAH DEMI LANGKAH
Beginilah cara buat rice ball, ada langkah bergambar untuk anda ikut dengan senang.

1. PANASKAN NASI
Mula-mula, panaskan sedikit nasi. Kalau ia terlalu kering, campurkan sedikit dengan air. Kemudian, letakkan seketul ayam di tengah-tengah.

2. KEPALKAN
Kepalkan nasi dengan menggunakan plastic wrap hingga menjadi bebola. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais sekejap.

3. SEDIAKAN BAHAN SETERUSNYA
Sementara menunggu nasi mengeras, sediakan bahan untuk proses seterusnya.

  • Tepung
  • Telur
  • Breadcrumb

Bila dah keras begini, bolehlah kita mulakan proses seterusnya.

4. GOLEK DALAM TEPUNG
Seterusnya, golekkan bebola tadi ke dalam tepung.

5. CELUP DALAM TELUR
Selepas itu, celupkan pula dalam telur. Tapi, jangan lama sangat ya. Nanti terburai pula.

6. SALUT BREAD CRUMB
Kemudian, akhir sekali salutkan bebola tadi dengan bread crumb.

Macam inilah hasilnya.

7. GORENG
Sekarang, dah siap untuk digoreng. Panaskan kuali, tunggu api panas dan gorengkan seperti biasa.

SIAP!
Lepas diangkat dan ditoskan minyaknya, boleh hidangkan. Memang lazat dimakan panas-panas. Tengok pun boleh terliur. Cicah dengan sos atau mayonis, lagi terangkat!

 

Sumber : 101viralmalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*