Ini Sebabnya Saya ‘Ramas’ Dan ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai

“Mommy sekelian, ada tak yang macam saya? Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu…”

Beginilah kata Alang Narzita melalui salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan ramai oleh kaum ibu. Menurutnya lagi, cara ini telah dipraktikkan selama 11 tahun, iaitu sejak anak sulungnya hinggalah sekarang anak ke-4 yang berusia 1 tahun 9 bulan.

Tapi, kenapa kena ‘perah’ dulu pampers (lampin pakai buang) anak tu ya?

INI SEBABNYA SAYA ‘RAMAS’ DAN ‘PERAH’ DULU PAMPERSANAK SEBELUM PAKAI

Dah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau ‘meramas manja’ pampers ini kerana ia dapat melembutkan struktur pampers yang dah lama terlipat dalam pek. Katanya, memang berbeza daripada pampers yang tidak diramas, kerana pampers baru mempunyai tekstur dan permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung bayi.

“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.

Rata-rata, ramai yang tertarik dengan petua ini dan tak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tak kurang juga yang dah lama mempraktikkannya juga dan amat berpuas hati dengan cara ini.

Menurut komen, pampers jenis pants pun boleh dibuat begini. Bila anak pakai, tak bocor dan selesa mengikut bentuk punggung bayi. Kulit anak pula montok dan licin sebab ianya lebih lembut.pampers anak, kasi lembut pampers, permukaan pampers kasar, pampers kasar, pampers bayi, ramas dan perah pampers

pampers anak, kasi lembut pampers, permukaan pampers kasar, pampers kasar, pampers bayi, ramas dan perah pampers

JANGAN RISAU, IA TAKKAN BOCOR

Ada juga yang bertanya sama ada pampers akan menjadi bocor jika berbuat demikian. Jawapannya, sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis pampers memang direka dengan ciri ketahanan. Apapun, janganlah terlalu kasar pula ya.

Ini sekadar perkongsian pada yang sudi. Sama-sama share ilmu dan petua.

Semoga bermanfaat ya!

Sumber PetuaIbu

Hanya 3 Hari, Ikuti 4 Langkah Bagaimana Ajar Anak Untuk ‘Bercerai Pampers’, Kencing Dan Berak Di Tandas Sendiri

Melatih anak ke tandas memang satu kerja yang leceh dan menguji kesabaran, bagaimanapun anak-anak kita perlu dibiasakan dengan tandas rumah dahulu supaya mereka selesa.

Bagaimanapun proses ‘bercerai lampin’ ini merupakan salah satu proses dalam perkembangan kanak-kanak dalam membesar, ada yang anak hampir lima tahun masih memakai lampin dan ada ada yang seawal usia dua tahun sudah bersedia untuk ke tandas sendiri.

Ada yang kata leceh, betul ke? perkara ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada ibu bapa, jom kita baca tips yang diberikan oleh Baby Buddies bagaimana nak ajar anak untuk ‘bercerai lampin’ dengan tiga tips dan satu praktikal.

TRAINING 3 HARI. PRAKTIKAL SEMINGGU

Kita bermula dengan fasa training/latihan selama 3 hari. Di galakkan waktu 3 hari ini tidak keluar ke mana-mana atau travel.

Ada banyak cara untuk start didik anak freee diapers. Kami kongsikan cara paling cepat untuk anak faham konsep kencing berak di tandas (tetapi agak penat dan perlukan kesabaran). Sangat sesuai untuk mak ayah yang bekerja.

Cara ini kita buat SEPENUHNYA TAK PAKAI LAMPIN SEPANJANG MASA, WAKTU SIANG DAN MALAM DAN WAKTU TIDUR, supaya anak lebih mudah faham yang dia dah tak pakai lampin serta bagi anak tidak confuse. Sekejap pakai, sekejap tak pakai..konfius tau! Dan boleh lambatkan proses anak nak free diapers.

SEBELUM TUUU.. Boleh gulung semua karpet dan tikar di rumah. Sediakan/beli plastik vinyl (mcm alas meja tu) untuk alas tempat tidurnya. Boleh juga beli cadar waterproof.. 🙂

1) TRAINING HARI PERTAMA

Bawa anak ke tandas setiap 15 minit. Minta mereka duduk mecangkung atau duduk di potty mereka jika menggunakan potty. Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit. Anak kebiasaannya belum faham isyarat badan mereka bila mahu kencing atau berak. Proses ini akan bantu mereka untuk faham.

Jika anak ada kencing/berak, maklumkan ini adalah kencing/berak. Puji mereka bila mereka Berjaya kencing/berak. Jika anak tak kencing atau berak, maklumkan “Ok. Adik tak dapat nak kencing lagi ya, takpe, next time kita kencing.”

Kemudian, basuh kemaluan mereka, basuh tangan mereka dan basuh kaki mereka. Ulang semua steps ini setiap kali bawa mereka ke tandas.

Untuk malam, sebelum tidur bawa mereka ke tandas dan minta mereka kencing. Buat step seperti di atas.

Kejutkan mereka MAKSIMUM 2 kali untuk kencing di tengah malam/awal pagi. Lama- lama anda akan perasan anak akan pandai untuk tak kencing waktu tidur malam, sama seperti kita yang dewasa.

Untuk elak stress bagi pihak ibu ayah, please expect anak akan terkucil di dalam rumah (bukan dalam toilet), mereka dalam tempoh training tau..tak nak marah-marah mereka.. sian mereka kalau kena marah..stress tau! Kita yang perlu sabar.. nak didik anak kan? 

Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar faham bahasa badan mereka (bila nak kencing/berak)

Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar estimate bila mereka akan kencing atau berak

Setiap kali anak ‘accident’, maklumkan, ini adik kencing ni,,ini adik berak ni.. adik lepas ni kencing/berak di tandas..

Sepanjang training ini banyakkan introduce tentang KENCING, BERAK, TANDAS, MENCANGKUNG, BASUH TANGAN dan KAKI SEBELUM KE LUAR TANDAS.

Tidak perlu kurangkan air mereka minum seharian. Biarkan ianya menjadi senormal mungkin, mereka perlu belajar dalam real situation.

2) TRAINING HARI KEDUA

Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap 30 minit. Ulang seperti hari pertama.