7 Kontroversi Hangat GEGARVAGANZA.Check it out…

Sejak program realiti popular GegarVaganza (GV) ditayangkan, pelbagai cerita, ragam dan kontroversi telah timbul.

Sama ada suka atau tidak, bintang GV terpaksa berhadapan dengan pelbagai kisah panas termasuklah kecaman yang dilemparkan terhadap mereka.

Antara nama-nama besar yang terpalit dengan kontroversi adalah Ifa Raziah (GV1), Azian Mazwan Sapuwan (GV2), Zur Eda (GV3), Azharina (GV3) dan Elly Mazlein (GV3).

Penangan hebat GV juga menyaksikan penguasaan pengaruh media sosial yang memberi impak luar biasa untuk sesuatu isu.

Selain bintang GV, pengacara dan juri program juga tidak terlepas dari menjadi subjek bualan netizen.

Kami senaraikan beberapa kontroversi hangat yang berlaku sepanjang GV bersiaran.

Aksi ‘Berani Mati’ Ifa Raziah Menari Peluk Hisyam Hamid

Nama Ifa Raziah tiba-tiba menjadi hangat susulan aksi menari dan berpelukan dengan aktor Hisyam Hamid ketika menyampaikan lagu berjudul Matahariku.

Insiden yang berlaku ketika persembahan peringkat akhir GV1 itu juga menyebabkan Ifa dikecam hebat oleh netizen.

Malah, Datuk Rosyam Nor selaku juri juga menyifatkan persembahan itu kurang sesuai untuk tatapan umum.

Azian Mazwan Sapuwan Terpalit Dakwaan Anak Terlibat Kes Kecurian Motor

Anak kepada bintang GV2, Azian Mazwan Sapuwan didakwa terlibat dengan kes kecurian motor pada Disember 2015.

Bagaimanapun, Azian tidak cepat melatah dan memberitahu anaknya sudah mengakui kesilapan dan tersalah memilih rakan.

Dakwaan Elly Mazlein Bermasam Muka Dengan Azharina

Menerusi sebuah ruangan gosip, Elly Mazlein didakwa telah memetik nama Azharina ketika semua peserta GV3 berkumpul untuk diberikan penerangan membabitkan konsep pertandingan tersebut.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh juara GV3, Azharina Azhar yang menyifatkan dakwaan tersebut bukanlah satu isu besar.

Azaharina juga berpendapat isu itu sengaja ditimbulkan untuk menghangatkan pertandingan.

Kontroversi Foto Zur Eda, Digelar Hantu Kak Limah

Gambar sesi fotografi 12 peserta GV3 telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial sehingga banyak pihak yang memberikan komen negatif selepas melihat hasil gambar tersebut.

Foto-foto tersebut masih belum menjalani proses suntingan (edit) dan telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Zur Eda merupakan antara bintang yang teruk menerima kritikan sehingga digelar hantu Kak Limah oleh netizen.

Elly Mazlein vs Azmi Hatta, Faye Kusairi

Nama Elly Mazlein atau kini lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom boleh dikatakan antara yang terhangat kerana kronologi kontroversi bekas peserta GV3 ini melibatkan bekas suami, Azmi Hatta, dan juga isterinya pelakon Faye Kusairi.

Kisah penceraian Elly dan Azmi serta kewujudan Faye yang didakwa sebagai pihak ketiga dalam rumah tangga penyanyi Bungaku Bakawali itu mengundang rasa simpati ramai netizen.

Elly Mazlein Tarik Diri, Kecil Hati Dengan Tok Ram

Konsert keempat GV3 menyaksikan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengumumkan nama penyanyi Elly Mazlein sebagai bintang GV3 yang tersingkir.

Kebanyakan mereka berpendapat Ogy tidak sepatutnya mengungkit kisah lama Elly yang pernah berlakon dalam drama arahannya.Mereka juga telah mencabar Ogy untuk menyertai GV musim keempat dan mahu melihat sendiri bakat dimilikinya.

 

Sumber: ohcantik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*