Bapa ‘Dajjal’ Tarik, Lastik Anu Anak Hingga Mati.. Nauzubillah.. Jauhkan Kita Drp Melakukan benda2 Camni Yer…

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat diseksa oleh bapa kandung sendiri dalam satu kejadian di Indonesia.

Memetik sumber, suspek yang dikenali sebagai Syawaluddin telah memukul kanak-kanak tersebut sebelum bertindak kejam merendam kepala mangsa ke dalam baldi dengan posisi kepala ke bawah.

Tidak berhenti d isitu, suspek juga dipercayai melastik mangsa dengan menggunakan getah tayar berdasarkan kesan lebam yang ditemui di bahagian badan kanak-kanak yang bernama Daffa Rafiqi itu.

Ekoran tidak tahan mendengar tangisan mangsa, suspek bertindak lebih kejam dengan melastik kemaluan kanak kanak itu sebelum meramas dan menariknya dengan sekuat hati.

Perbuatan tidak berhati perut itu menyebabkan mangsa meninggal dunia berikutan menahan sakit.

Dalam pada itu, ibu kandung mangsa yang bekerja sebagai pelayan restoran berkata kejadian menyayat hati itu berlaku ketika dia meninggalkan anaknya bersama suami.

Menurutnya lagi, suspek memang sering bertindak memukul mangsa apabila setiap kali dia menangis.

Jelasnya lagi, pada hari kejadian suspek memberitahu bahawa anaknya berada di klinik kesihatan kerana mengalami demam.

Bagaimanapun, doktor mengakui hairan dan curiga melihat keadaan mayat mangsa yang teruk itu lalu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Sementara itu, selepas laporan dibuat polis menjalankan siasatan dan mendapati bahawa Syawaluddin adalah pembunuh kepada kanak-kanak malang berkenaan.

Susulan itu polis bertindak menahan Syawaluddin dan akhirnya suspek mengakui telah membunuh anaknya itu.

Syawaluddin bagaimanapun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun seperti mana yang diputuskan oleh pihak mahkamah.-

Ditinggalkan semua permainannya. Tak boleh nak berenggang langsung walau seminit dua, kena duduk sahaja depan mata anak. Hendak ke tandas pun payah, bukan?

SI KECIL JUGA INGIN TUNJUKKAN KASIH SAYANG MEREKA

Tahukah anda, bahawa sebenarnya itu adalah salah satu cara anak kecil menunjukkan rasa sayangnya?

Ya, mungkin anak tidak tahu bercakap seperti orang dewasa untuk tunjukkan kasih sayang. Jadi, mereka memilih untuk menzahirkannya melalui perbuatan.

Jadi jangan marah atau pukul mereka jika anak melakukan perbuatan ini ya.

INI 9 CARA SI KECIL UCAP “I LOVE YOU”

1. MELAMBAT-LAMBATKAN MASA ANDA

Sudahlah anda mengejar masa untuk ke pejabat dan perlu hantar anak ke taska, tapi si anak masih terkial-kial untuk pakai baju yang anda sudah sediakan di atas meja sejak malam tadi.

Seolah-olah sengaja melengah-lengahkan masa anda sehingga menguji kesabaran anda pagi-pagi.

Sebenarnya: Anak rasa sukar berjauhan dengan anda dan akan sentiasa mencari jalan agar masanya bersama anda dapat dipanjangkan.

2. SUKA MENGAJAK ANDA BERLARI SAMA

<"attachment_23403" class="wp-caption alignnone">

Cari suasana santai untuk mentarbiahkan anak. / Foto Kredit: wendyvandam.nl

Anak suka ajak anda berlari, melompat, ikut permainannya.

Apabila anda menyuapkan makanan pun, anak kecil anda pasti akan berlari sehingga anda perlu mengejarnya. Setiap kali tiba waktu makan, rutin anda adalah berkejaran dengannya semata-mata mahu mengisi perutnya.

Sebenarnya: Anak meletakkan kepercayaan kepada anda, kerana dia tahu setiap kali dia berlari, anda pasti sentiasa berada di belakangnya.

3. MESTI BAWA BARANG KESAYANGANNYA

Tidak kiralah beg, patung atau bantal ‘busuk’, tak boleh tak ada bersama dengannya. Boleh mengamuk jika barang ini jauh daripadanya.

Sebenarnya: Barang kesayangannya itu mewakili sebahagian anda lebih-lebih lagi apabila perlu berjauhan dengan anda seketika. Secara tidak sedar, inilah cara mereka tunjukkan kasih sayang kepada anda.

Dengan ‘anda’ di sisinya, anak akan rasa selamat dan membenarkan anda berjauhan darinya. Jangankan anak kecil, anak yang sudah remaja pun ada yang akan bawa pakaian ibu atau bapa apabila dihantar ke asrama.

Bukan apa, untuk hilangkan rindu!

4. BERMAIN DENGAN MAKANAN

Apabila disuap tak mahu makan. Tapi, jika diberi makan sendiri, habis disepahkan semua makanan. Yang masuk dalam mulut boleh dikira beberapa suap sahaja.

Sebenarnya: Anda suka bereksperimen dengan semua benda di hadapannya. Berilah apa sahaja, semuanya menjadi bahan ujikaji untuk memuaskan perasaan ingin tahu.

Selesai eksperimen dengan makanan, dia pasti mahu berkongsi hasil ujikajinya dengan anda. “Sharing is caring”, inilah satu lagi cara mereka tunjukkan kasih sayang!

5. BERMANJA

Tidak kira waktu, anak anda mahukan belaian anda. Sebelum tidur, perlu dinyanyikan dulu atau memeluk anda sehingga terlena.

Sebenarnya: Pelukan daripada ibu dan bapa bukan sahaja memberi kehangatan malah memberinya keselesaan. Memeluk anda juga adalah cara paling selalu anak lakukan untuk tunjukkan kasih sayang mereka.

6. MENUNGGU ANDA DI PINTU

“Yey, mak dah balik”. Itu yang pasti anda dengar sebaik melangkah masuk. Dari jauh, kelihatan anak anda sudah berlari-lari kegirangan, tidak sabar mendapatkan anda.

Sebenarnya: Anak membina kepercayaan anda akan balik semula setiap kali keluar dari rumah. Apabila anda tiba di pintu, anak percaya bahawa ibu atau bapanya tidak akan meninggalkannya.

Malah, mereka mahu menjadi orang pertama menyambut anda di muka pintu. Begitulah betapa anak anda bersemangat untuk tunjukkan kasih sayang mereka kepada anda.

7. BERKONGSI MAKANAN DENGAN ANDA

Tanpa anda pinta, anak akan berikan makanannya pada anda.

Sebenarnya: Susah untuk anak berkongsi makanan dengan sesiapa sahaja walaupun adik-beradik. Tapi apabila dia sudi berkongsi apa yang ada di tangannya dengan anda, bererti andalah orang yang disayanginya.

8. MENUNJUKKAN HASIL KREATIVITINYA

Setiap kali anak menconteng di kertas atau berjaya menyiapkan hasil mewarna, dia akan segera menunjukkannya pada anda.

Sebenarnya: Anak yakin untuk berkongsi hasil seninya kerana apa yang dihasilkannya adalah sebagai tanda kasih pada anda, atau setidaknya, untuk membuat anda bangga dengan usaha mereka.

Percaya atau tidak, kebanyakan contengannya mesti ada objek orang di dalamnya. Itulah anda!

9. LAKUKAN RUTIN YANG SAMA

Anak tidak pernah ‘boring’ dengan rutin yang sama. Misalnya bacakan buku sebelum tidur atau mintakan anda masak sup yang sama setiap hari.

Sebenarnya: Anak suka apa yang dilakukan setiap hari bersama anda apatah dapat meluangkan masa bersama anda yang disayanginya. Sebab itu, anak tidak akan merungut apabila lakukan rutin yang sama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*