Tahniah…Abam dh selamat Nikah… Moga kekal hingga ker Jannah.. Type Aminn.. Tgk apa yg klua..

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pelawak, Abam Bocey, 29, bergelar suami Siti Nurhidayah Mohd Ali, 25, jam 5.33 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal Salan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan menyerahkan mas kahwin RM3,000, seutas rantai, wang hantaran RM13,888 serta sembilan dulang hantaran dan dibalas 11.

Turut hadir rakan dari kumpulan Bocey, Fad dan Achey yang bertindak sebagai pengapit ketika akad nikah berlangsung.

Abam meluahkan rasa lega apabila majlis pernikahannya selamat dilangsungkan.

Katanya, dia mengenali Siti Nurhidayah yang juga kerani akaun di syarikat swasta sejak 2009 sebelum menyertai Raja Lawak Musim ke-6 pada 2012.

“Selepas lapan tahun mengenali, saya menghantar rombongan merisik September lalu dan bertunang jam 10 pagi tadi sebelum acara akad nikah berlangsung.

“Resepsi sebelah perempuan diadakan esok (Sabtu) manakala sambut menantu 20 Januari tahun depan,” katanya.

Sourced HMetro

<"story">KUALA SELANGOR: Pelawak Abam (Bocey) pada Jumaat selamat bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, di sini pada pukul 5.35 petang.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Kamal Sahlan yang mewakili bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

 


<"mcontent_1_eightcolumnsa_0_inlineAd" class="inlineAd">
<"inlineAd1">
<"div-gpt-ad-1508385181490-0" data-google-query-id="CLzSqfyt-tcCFYmJaAodeu4ITA">

Abam menyarungkan cincin di jari isterinya.

Majlis itu juga menyaksikan Abam menyerahkan RM3,000 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak lelaki.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Siti Norhidayah Mohd Ali (kanan).

Sementara itu, pasangan berkenaan ketika ditemui memberitahu mereka lega majlis pernikahan telah selesai dan berjalan lancar serta berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal buat selama-lamanya.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan ini adalah hari paling bahagia buat kami berdua.

“Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Abam telah menghantar rombongan merisik Siti NorHidayah, 25, pada bulan September lalu.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Sabtu (9 Disember) dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

<"mcontent_1_eightcolumnsa_0_divTags" class="tags">Mstar