Cerita Indah Disebalik Nama NEELOFA yang tak pernah kita sangka

Kelmarin saya membaca status seorang lelaki ini. Dia bernama Nazril Laharadi telah menceritakan kisah asal usul nama Neelofa sehingga buat dia berubah pandangan terhadap nama tersebut. Malah, dia menghormati kedua ibubapa Neelofa kerana memilih nama tersebut untuk anaknya.

 

Ikuti perkongsian Nazril Laharadi atau dikenali sebagai Ajil di kalangan rakan-rakannya. Dia mengetahui kisah ini ketika melawat Turki baru-baru ini.

Neelofa Jadi Sebutan

Dua tiga hari ini WhatsApp-Group-kaum-lelaki-umur-matang penuh dengan forward-forward berita tentang Neelofa hanya nak kahwin lelaki umur lebih 30 tahun kerana lebih matang (itu berita Ogos 2015, hentikanlah forward berita lama).

 

Selaku lelaki yang mencintai isterinya sepenuh hati, saya tak berminat nak ulas lanjut isu itu. Lagipun dengar khabarnya sekarang ini sudah ada nama artis wanita lain yang meniti bibir kaum lelaki umur matang mahupun belum matang (tanpa mengira usia). Macam biasa, saya buat-buat tak ingat nama artis tersebut.

Asal-Usul Nama Neelofa

Satu masa dulu saya ingatkan itu adalah nama glamour beliau selaku artis, mungkin nama di surat beranak beliau Hatijah atau Tuminah yang kurang appeal. Namun ternyata memang nama penuh beliau ialah Nor Neelofa. Hmm, dah lama juga trend bagi nama anak hipster ini rupanya.

Bukannya saya nak fikir sangat isu ini, tak ada keperluan pun. Namun antara satu perkara yang saya temui dalam lawatan saya ke Bursa, Turki minggu lalu, Neelofa ini merupakan nama seorang wanita mulia dalam sejarah Empayar Turki Uthmaniyyah.

 

Jika anda melawat makam Sultan Orhan Gazi, anda akan menemui satu kubur yang ditanda dengan nama Nilüfer Hātūn (نيلوفر خاتون). Nilufer ini merupakan permaisuri Sultan Orhan, dan merupakan Ibu kepada Sultan Murad I.

Gambaran pelukis Turki mengenai Nilüfer Hātūn

Sultan Orhan telah menamakan Kerajaannya dengan nama Uthmaniyah bagi mengenang ayahnya Sultan Osman Gazi, yang mana mereka berdua telah sama-sama membuka Kota Bursa daripada Kerajaan Kristian. Bursa disebut-sebut sebagai pusat kelahiran Empayar Turki Uthmaniyah dan menjadi ibu kotanya.

Selepas kematian Sultan Orhan, Nilüfer menggunakan gelaran Valide Hatun (وليدة خاتون) yang bermaksud Permaisuri Ibu. Gelaran ini digunakan dalam British Royalty dengan gelaran Queen Mother. Nilüfer merupakan Valide Hatun yang pertama dalam Kesultanan Uthmaniyah.

 

Ibn Battuta pernah melawat ke Bursa dan menjadi tetamu kepada Nilüfer. Dalam catatan pengembaraan Ibn Battuta, Nilüfer Digambarkan sebagai seorang wanita solehah dan cemerlang.

Nama Nilüfer berasal daripada perkataan Parsi yang bermaksud teratai atau bunga teratai (water lily). Beliau wafat pada tahun 1383 semasa berusia 100 tahun dan dikebumikan di Bursa, Turki.

 

Allah telah memberkati Nilüfer dan melahirkan daripada rahimnya keturunan para Salatin yang hebat dan sesetengahnya tersohor seperti Muhammad al-Fatih dan Sulaiman the Magnificent.

 

 

Nama-nama keturunannya terpahat dalam sejarah, kuburnya sentiasa dikunjungi ribuan manusia saban hari dan menerima doa para pengunjung dan pelancong. Semoga beliau dikurniakan keampunan dan rahmat daripada Allah swt serta ditempatkan dalam syurgaNya.

Neelofa bersama ibunya ketika mengerjakan umrah.
NEELOFA BERSAMA IBUNYA KETIKA MENGERJAKAN UMRAH.

Selepas daripada mengunjungi Bursa, kini saya mempunyai rasa hormat kepada kedua ibu bapa Neelofa kerana memilih nama yang baik untuk anaknya. Hipster, hipster juga, makna yang baik jangan dilupa!

 

Nilüfer

Saya tertarik dengan kisah ini dan cuba mencari lebih maklumat tentangnya. Ini antara yang ditemui:

 

Terjemahan:

Nilüfer Hatun (Ottoman Turki: نیلوفر خاتون, nama lahir Holofira, nama-nama lain Bayalun, Beylun, Beyalun, Bilun, Suyun, Suylun) adalah Valide Sultan; isteri Orhan, sultan kedua Empayar Uthmaniyyah. Nilüfer bermaksud bunga teratai air dalam bahasa Parsi.

 

Beliau adalah ibu kepada sultan seterusnya, Murad I. Anaknya yang lain adalah Kasim (meninggal dunia 1346). Sesetengah sumber lebih lama juga mendakwa dia adalah ibu kepada anak pertama Orhan ini, Suleyman Pasha, yang dipertikaikan.

 

Cerita-cerita tradisional mengenai asal-usul beliau, dikesan kembali ke abad ke-15. Beliau adalah anak perempuan pemerintah Byzantine (Tekfur) daripada Bilecik, yang dipanggil Holofira. Seperti beberapa cerita lagi, bapa Orhan iaitu Osman menyerbu Bilecik pada masa perkahwinan Holofira dan Holofira adalah antara barang rampasan itu dan diberikan kepada Orhan.

 

Sebelum kejadian itu, mereka tiba di sana dengan hadiah yang mewah dan turut disertai tentera yang terselindung dan tersembunyi. Namun begitu penyelidik moden meragui cerita ini, mereka mengakui bahawa kisah itu mungkin telah dibuat berdasarkan peristiwa sebenar.

 

Keraguan timbul apabila mereka menemui pelbagai keterangan sekunder dan kekurangan bukti dokumentari langsung masa. Ahli-ahli sejarah lain menjadikan beliau sebagai anak kepada Prince of Yarhisar atau Puteri Helen Byzantine (Nilüfer), yang berasal dari keturunan etnik Greek .

 

Menurut sumber, pada musim bunga tahun 1299, majistret Bilecik akan berkahwin dengan anak perempuan majistret Yarhisar telah menjemput Osman Gazi dan orang-orangnya untuk meraikan perkahwinannya.

 

Pada musim bunga rakyat Söğüt berhijrah ke dataran tinggi Dominic sehingga musim luruh. Osman Gazi meminta untuk meninggalkan segala hartanya di istana Bilecik sebelum datang ke majlis perkahwinan. Ia adalah amalan biasa untuk mengamanahkan barang-barang perkhemahan yang berat di istana jiran. Maka, majistret menerimanya dengan senang hati.

 

Majlis perkahwinan itu akan berlangsung dalam kawasan Chakirpinar, dua jam dari Bilecik. Dalam perjalanan ke majlis itu, majistret Yarhisar dikepung oleh tentera Osman Gazi. Mereka bergerak ke arah Yarhisar.

 

Ketika orang di kota itu melihat majistret mereka, mereka membuka pintu pagar dan tentera Osman Gazi dapat masuk ke dalam dengan mudah dan penaklukan istana tidak mengambil masa yang lama. Kemudian, Bilecik telah jatuh kepada Uthmaniyyah selepas terima kedatangan tentera Osman Gazi.

 

Orhan Gazi berkahwin dengan Holofira, anak majistret Yarhisar itu. Pengantin muda itu memeluk agama Islam dan namanya menjadi Nilüfer Hatun.

 

Apabila Orhan Gazi berada di luar kawasan, Nilüfer bertindak sebagai pemangku raja itu. Beliau adalah satu-satunya wanita dalam sejarah Uthmaniyyah yang pernah diberikan kuasa itu.

 

Semasa pemerintahan Murad, beliau telah diiktiraf sebagai Valide Hatun, atau Queen Mother. Beliau wanita pertama dalam sejarah Uthmaniyyah untuk memegang gelaran itu

 

Apabila beliau meninggal dunia, beliau telah dikebumikan bersama-sama Orhan Gazi dan bapanya Osman Gazi di Bursa.

 

Pengembara Islam Ibnu Battuta yang melawat Iznik dalam 1330-an telah menjadi tetamu Nilüfer Hatun. Beliau menyifatkan Nilüfer Hatun sebagai seorang wanita soleh yang cemerlang.

 

There is an inscription of three lines carved on a marble plaque above the entrance portal. The monument was built for Nilüfer Hatun, mother of Sultan Murad I and was completed on 30 Rabi’ al-Awwal 789/8 April 1388.
Sumber: discoverislamicart.org

Nilüfer Hatun Imareti (“Nilüfer Hatun Soup Kitchen”) dibina oleh Sultan Murad pada 1388 sebagai satu penghormatan kepada ibunya selepas kematiannya, kini ia turut dikenali sebagai Muzium Iznik.

 

Sumber : malaysiabolehbro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*