Pekerjaan Professional Paling Pelik Dan Paling Acyuk Yg Ramai Tak Tahu Pekerjaan Ke 4 Tu Korang Sanggup x?😂

Semua orang memerlukan pekerjaan bagi mendapatkan sumber pendapatan, jika dia tidak mahu melibatkan diri dengan perniagaan. Ada banyak jenis pekerjaan yang ada dan kesemuanya bergantung kepada kelulusan dan kemahiran kita dalam sesuatu bidang.

Bidang professional menjanjikan tawaran gaji yang lebih baik berbanding bidang-bidang lain namun tempatnya pula terhad. Bagaimana pula jika ada kekosongan dibuka untuk jawatan-jawatan dibawah? Adakah anda berani mengisi kekosongan jawatan tersebut?

Berikut adalah 5 jawatan professional yang jarang kita dengari namun wujud di serata dunia.

1. Pelompat tilam professional
iluminasi pekerjaan professional2

 

Jawatan ini memerlukan seseorang yang terlatih untuk melompat di atas sekurang-kurangnya 3 tilam sehari bagi meningkatkan kualiti tilam tersebut. Menurut Reuben Reynoso, melompat tilam memerlukan kemahiran bagi memahami apa yang sedang dilakukan. Tilam mewah pada peringkat akhirnya mempunyai beberapa lapisan kapas yang perlu dipadatkan dan Reynoso adalah pakar dalam bidang tersebut. Semua tilam perlu diletakkan alas dan pada setiap tilam, akan dibahagikan kepada grid. Reynoso akan melakukan beberapa rutin lompatan yang diperlukan ke atas tilam tersebut bagi memadatkan lapisan kapas di atas tilam tersebut. (Rujukan)

 

2. Pengasah pensil professional
iluminasi pekerjaan professional3

 

Dengan bayaran USD15 (RM65) David Rees daripada Artisanal Pencil Sharpening akan mengasah pensil kesayangan anda dengan sempurna. Bagaimana pengasahan dilakukan? Pelanggan boleh menghantar pensil yang diperlukan asahan dan David dengan cermat dan teliti, akan mengasah pensil tersebut. Pensil yang siap diasah akan dimasukkan ke dalam tabung tiub untuk menjaga kualiti pensil tersebut sebelum menghantar semula pensil tersebut sekali dengan sijil pengesahan ketulenan beliau. (Rujukan)

 

3. Tukang uji makanan professional Presiden Vladimir Putin
iluminasi pekerjaan professional4

 

Ada ura-ura mengatakan Presiden George Bush akan mengarahkan dua pegawai FBI merasa makanan yang akan dimakannya sebelum dia makan, namun bagi Presiden Russia, Vladimir Putin, beliau melantik seorang pakar pemakanan bertauliah berpangkat Doktor. Doktor ini perlulah menjalankan ujian bagi setiap makanan dan minuman yang akan dimakan oleh Putin, merasanya sendiri sebelum menghidangkan hidangan itu pada Putin. (Rujukan)

 

4. Pengumpul air kencing rusa professional
iluminasi pekerjaan professional

 

Pemburu ramai menggunakan air kencing rusa sebagai umpan ketika memburu rusa dan air kencing rusa paling mujarab adalah air kencing ketika rusa hendak mengawan. Bekalan air kencing ini semua selalunya datang dari seorang pengumpul bernama Judi Collora. Menurut beliau, tugas mengumpulkan larutan kencing rusa bukannya mudah. Tugasnya amat bergantung dengan musim dan amaun yang diperolehi turun naik dan sedikit aneh kerana untuk mendapatkan sampel terbaik, dia perlu cepat-cepat mengumpulkan air kencing rusa yang baru lepas mengawan. (Rujukan)

 

5. Pengumpul bola golf professional
iluminasi pekerjaan professional5

 

Perlu menyelam selama 4 hari dalam seminggu, Forest W.S. mempunyai karier yang sama dengan hobinya, menyelam namun Forest menyelam untuk mengutip bola golf yang dipukul keluar kawasan. Secara purata, dalam sehari jumlah bola golf yang dikutip sekitar 4000 biji. Sebiiji bola golf itu pula dijual semula kepada peminat sukan tersebut pada harga 7 ke 12 sen sebiji. Dengan anggaran tersebut, Forest mengatakan pendapatannya setahun adalah sekitar USD100 ribu atau RM440 ribu. Duitnya nampak mewah, tetapi kerja ini bukan mudah. Salah satu risiko yang dihadapi adalah apabila pemain golf menyangkakan beliau adalah buaya dalam air yang hampir menyebabkan dia dipukul dengan kayu golf.

Sumber : mediaprimeinfo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*