SEKITAR MAJLIS RESEPSI PASANGAN VIRAL HAFIZ MAHAMAD DAN SYAFIQAH AINA

Setelah bermacam-macam kejutan yang diberikan, akhirnya pasangan romantis Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina bakal disatukan di dalam sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemilang Jumaat lepas.

Hafiz dan Aina merupakan pasangan kekasih yang tular menerusi laman sosial kerana kisah cinta mereka yang indah diselang dengan kejutan yang diidamkan oleh setiap wanita.

Kisah cinta mereka mula tular apabila setiap apa yang dilakukan oleh Hafiz menjadi sebutan para netizen sehingga ada pasangan kekasih yang bergaduh kerana mahukan teman lelakinya bergaya seperti Hafiz.

Episod cinta pasangan Hafiz Mahamad dan Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, akhirnya disempurnakan dengan sekali lafaz, berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Wahab Abd Jamal di Johor Bahru.

Pada majlis pernikahan itu, Hafiz menyerahkan wang hantaran RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran dibalas dengan tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Credit to :

OH DUNIAWI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*