10 Tempat Menarik Masuk Percuma Di Kuala Lumpur

<"entry-summary">

Jadi, kalau anda bercuti di KL dengan keluarga, kemungkinan besar anda habis beratus ringgit hanya untuk tiket masuk.

<"entry-content">

Jangan berpeluh tau? Ada aktiviti dan tarikan percuma di Kuala Lumpur yang boleh anda buat atau lawat bila anda bercuti di sini. Jom kami tunjukkan.

1. Mandi FREE di Kolam Randuk KLCC Park (Yang Cukup Bersih)

<"attachment_17739" class="wp-caption alignnone">

pool klcc

Kredit :www.kuaby.com

Bila anda di KL, singgah KLCC Park. Pertama, sebab ianya dekat dengan Menara Berkembar Petronas.

Kedua, sebab ada tempat best untuk anak-anak di bawah 10 tahun. Si kecil anda memang tak senang duduk tengok kolam randuk untuk mereka mandi manda.

Dan kalau itupun belum cukup meletihkan, ada taman permainan yang besar di sini. Dari swing sampailah ke slide, banyak tempat bermain yang bermacam ragam untuk mereka habiskan masa mereka.

Ini tarikan free di KL yang memang kami suggestkan.

2. Layan KLCC Lake Symphony (Sambil Rasa Angin Malam KL)

Kredit

Kredit :www.flickr.com

Jika anda berada di KLCC waktu malam, jangan lupa pergi keluar dari Suria Mall dan jengah KLCC Lake Symphony.

Di sini, ada pertunjukan air pancut percuma di kolam KLCC dari 7 malam hingga 10 malam.

Bukan saja anda dan keluarga boleh duduk bersembang dengan keluarga sambil menontoh pertunjukan air. Tapi anda juga boleh bergambar dengan latarbelakang KLCC.

Bila malam kan lebih ummph?

3. Baca Buku Di KL City Library Yang World Class

Kredit

Kredit :upload.wikimedia.org

Anak anda ulat buku? Cantik!

Kami sarankan anda ke KL City Library yang dekat dengan Dataran Merdeka.

Ada 2 perpustakaan yang best di sini (ya! lagi baik dari Perpustakaan Negara). Satu agak kecil, dan ia hanya untuk anak-anak yang baru nak belajar membaca.

Dan berhampirannya, ada KL City Library. Perpustakaan ini jauh lebih besar, nyaman dan penuh dengan buku untuk anak-anak yang lebih berusia. Ada bahagian muzik kalau mereka mahu tutup mata dan layan muzik sambil berehat duduk di kerusi empuk.

4. Ronda KL – Naik Bas GoKL Yang Pink! Pink!

<"attachment_17724" class="wp-caption alignnone">

Kredit

Kredit :spadnews.blogspot.my

Ramai anak-anak sekarang yang tidak pernah merasa naik bas? Betul kan?

Apa kata anda bawa mereka ronda-ronda keliling Kuala Lumpur dengan bas percuma berwarna pink ini? Bas ini berhenti di banyak tempat — dari KLCC sampailah ke Masjid Jamek.

Waktu operasinya pun lama — dari 6 pagi sampailah 11 malam. Naik pun free.

5. Keluarkan Peluh Berbasikal Di Publika

Bila tiba hari Ahad, jalan sekitar Publika ditutup. Jadi anda boleh bawa anak-anak berbasikal di sini dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Sesiapa sahaja boleh beriadah di sini. Kalau anda tiada basikal, anda boleh sewa percuma. Dan selain basikal, rollerblade dan skates pun okay.

Bila dah lapar, atau anak anda merengek letih, rehat dan makan di mall ini.

6. Piknik & Ambil Angin Di Tasik Perdana/Tasik Titiwangsa

Bila hari sudah petang, bawa mereka ke padang di Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa.

Kalau anda mahu mereka tidur awal, biarkan mereka berkejar-kejar di taman ini. Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh berkayak di tasik, menaiki kereta kuda ataupun menyewa basikal 3-4 tempat duduk untuk anda sekeluarga kayuh keliling kawasan ini.

Apapun, kos menaiki kayak atau basikal ini jauh lebih murah dari masuk ke tarikan Kuala Lumpur lain.

7. Naik Jambatan Gantung di Hutan Bandar KL Forest Eco Park

<"attachment_17731" class="wp-caption alignnone">

Kredit

Kredit :www.emily2u.com

Kalau anda tidak kisahkan nyamuk, ada hutan bandar di KL berdekatan dengan Bukit Bintang untuk anda sekeluarga layan.

Yang istimewa lagi, hutan ini hutan simpan tertua di Malaysia. Jadi ada pokok-pokoknya yang sudah beratus tahun umurnya yang masih elok dipelihara di sini.

Bila anda di sini, jangan lupa naik jambatan kanopi walk. Sebab yang ini satu saja betul-betul di tengah bandaraya KL (dan percuma pula tu).

8. Belajar Sejarah KL Yang Ramai Tak Tahu (Dengan KL Heritage Walk)

Selalunya orang putih saja yang minat berjalan kaki di KL. Tapi anda pun boleh. Lebih-lebih lagi anda mahu tahu sejarah Kuala Lumpur.

Kami sarankan anda ikut dalam lawatan berpandu DBKL yang free ini.

Dengan jurupandu, anda bakal berjalan bersama ke 11 tempat bersejarah di sekitar Dataran Merdeka — dan diterangkan tentang sejarah tempat-tempat ini. Dari sejarah pada zaman Yap Ah Loy sampailah ke zaman kolonial British, semua akan anda ketahui.

Jangan terkejut nanti, kalau anak anda lebih tahu sejarah KL dari orang KL sendiri nanti.

9. Rehat-Rehat Sunyi Di Secret Garden 1Utama

<"attachment_17729" class="wp-caption alignnone">

Kredit

Kredit :www.butterflyprojectmalaysia.com

Di atas bumbung shopping mall 1Utama sebenarnya ada taman rahsia. Tapi sedikit sangat yang tahu.

Sekarang, terima kasih pada bajet anda yang kecil, anda dan keluarga boleh tahu tarikan Kuala Lumpur yang ramai staff di mall sendiri pun tidak tahu. Sila tanya pak guard cara ke sini ya?

Datang sini hujung minggu saja tau. Dari 10pg – 10 malam. Dan layan taman atas bumbung terbesar di Asia Tenggara dengan percuma.

10. Tengok Senjata Gangster Di Muzium Polis

<"attachment_17734" class="wp-caption alignnone">

Kredit

Kredit :museumvolunteersjmm.com

Muzium ini memang istimewa. Pertama, sebab masuk percuma. Dan yang keduanya, walaupun tanpa bayaran, barang-barang pamerannya lain dari yang lain.

Mahu tengok senjata Portugis semasa menyerang zaman Melaka? Ada di sini. Mahu tahu jenis-jenis senjata yang dirampas dari samseng atau penjenayah? Pun bukan masalah.

Walaupun ianya kecil, muzium ini jauh lebih membuka mata anda dari kebanyakan muzium di Malaysia.

Credit to : JomJalan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*